08 October 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Ramai yang kata, keputusan PMR tak penting sangat. Lain lah kalau SPM, yang mana keputusannya sangat mempengaruhi peringkat pengajian tinggi kita semua.

Saya pun sebelum ini bersetuju dengan pendapat demikian. Bagi saya, bila dah menduduki peperiksaan SPM, keputusan dalam PMR secara automatiknya akan dilupakan. Orang dah tak tengok keputusan PMR lagi bila dah ada SPM.

Namun, pendapat saya berubah semenjak semalam.

Seorang kenalan di sini menjemput saya makan malam di rumah beliau. Selain saya, terdapat 2 orang lagi rakan lain yang bersama di rumah tersebut. Hidangan yang disediakan oleh isteri beliau sangat lazat, dan sangat banyak. Bagi saya seperti hidangan untuk 10 orang. Namun kami seramai 5 orang sahaja.

Sebelum, semasa dan selepas makan kami mereka tidak henti-henti berborak dan diselang-seli dengan gelak ketawa yang saya pasti jiran sebelah boleh dengar. Saya senyum, sengih dan buat-buat gelak bila merasakan mereka sedang membuat lawak.

Bagi saya, inilah akibat daripada mendapat D dalam Bahasa Arab Komunikasi PMR dulu. Saya tak faham apa yang mereka semua cakap. Kadang-kadang saja mereka guna bahasa Inggeris.

Mujurlah makanan semuanya sedap.

6 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Rauhan,
Kalau nak ambik sekali lagi boleh daftar lah tahun depan.Calon persendirian. Belajar dengan ADABI Gaya Pos. Lagu mano?...setuju?.
Pok Man cadang jah tu...kalu tak setuju tak apa.

rauhunt said...

Pakman, nanti lah sy pikir cadangan tu. ...Maktab Adabi Gaya Pos!! ..haha w/pun nama lawak gila ..tp banyak berjasa.

Soalan Uji Minda:
Adakah Maktab ni ada pertalian dgn Sup Bunjut Adabi?

Tepi Sungai Batu said...

Adik-beradik dia lah tu.
Satu lagi....ketupat segera ADABI.

orpheo said...

sapa kata PMR tak penting?

pasal PMR la aku kena tendang dr smach

pasal PMR la aku takleh jd smachian97

pasal PMR la aku tak yah susah2 beli tiket bas gi sains mace tuh

hahahaha....

aku PMR jah. lupa dah bahasa arab dapat baper, tapi rasanya tak berapa memberangsangkan sebab aku paham 2 3 patah je masa sekolah dl,

duduk pulak depan Bujal si budak nakal (selalu sangat dia ajak aku buat kenakalan dl, tapi dia kena tendang dl sebelum aku)

kita sama batch ke? thah2 sama dorm aku lupa.

muka ko langsung dah tak cam.

almaklumla umo dah nak 30an

rauhunt said...

Orpheo,

Senasib la kita, aku pun kena tendang thn 95 tp aku buat muka tak malu nasuk balik masa form4 haha.

Mu ni kelas 3.3 ke sbb sekelas ngan bujal ..aku kelas 3.2, batch 97 jgk.

Siapakah gerangan dirimu ..Muhammad Che Mat ko?

by the way ..aku buke 30-an

orpheo said...

hahahaha.....
ingat lagi mu, sori la aku dop bapo ingat doh.

aku la si mamat korok
che mat che embonng ( cik will cikgu KH)

aku buleh gok rayuan time tuh, lepas kawi buleh. dan la sekoloh ngan dia kejap kat trg. tapi aku tolok masuk mula sebab byk sebab. ayoh aku pon bg line sekoloh baru.

jd mu buke sekelah aku la. bak kata2 cikgu sejarah ke george masa tu,
"Nizam!! Tido!!" suko selok aku, dale hati jah. aku dok depe nije tuh. dok tahu jadi manusia berguno ke dok kakah tuh.

ingat nok cari balik saing2 lamo. sekolaoh smach meme best, sapa la last2 tu. sebab tu aku dok sambung situ,
hok bengong, pok daro diri ajar baso arab, anok daro lasong dok reti. hahahaha

aku jupo mu sore jah hok aktif loni. FB mu rama dok batch kito?

mu nikoh dok agi? jauh napok gi tapo. ilmu gapo mu blajar dinun>