25 October 2009

Kebaikan Tidak Minum Arak

Orang-orang di sini kebanyakannya sangat memilih makanan Mereka cuba menjauhi makanan yang kurang sihat; kalori tinggi atau sangat berlemak. Amalan pemakanan mereka sangat ketat.

Tapi yang hairan bin ajaib (bosan la guna frasa klise ni), bila bab minum arak mereka semacam 'menghalalkan' saja perbuatan mereka walaupun tahu tak elok untuk kesihatan. Bagi mereka amalan minum arak ni dah sebati dengan budaya, jadi dah tak boleh nak ubah. Mereka tahu keburukannya, tapi cuba menipu diri sendiri dengan buat-buat tak tahu.

Minggu lepas, saya berpeluang memberitahu mereka kelebihan tidak minum arak, bukan setakat beritahu, tapi siap dengan contoh depan mata lagi. Semasa 'coffee break', rakan-rakan di 'lab' menghadiahkan saya sehelai t-shirt Univ of St Andrews (yang saya dah lama nak beli tapi asyik tangguh sebab agak mahal) sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29 25. Selain tu ada la benda lain seperti kek dan cokelat (yang saya anggap tak penting ..haha). Selepas berterima kasih, saya angkat t-shirt tersebut sambil berkata inilah kebaikannya jika tak minum arak. Mereka senyap dan tertanya-tanya maksud sebenar saya.


Nota kaki minum Nescafe (bukan arak):

Sudah menjadi amalan ahli-ahli 'lab' kami untuk berkongsi duit dan membeli beberapa hadiah kepada sesiapa di antara kami yang menyambut hari lahir. Semesa giliran rakan-rakan lain, mereka biasanya mendapat hadiah sebotol arak, dan hadiah-hadiah kecil lain yang saya tahu harganya murah. Tapi, bila tiba giliran saya, mereka tak boleh beli arak, jadi duit yang ada tu mereka akan beli hadiah besar dan mahal daripada orang lain dapat. Ha ha ..tu la, minum arak sangat, kan dah rugi dapat hadiah kecik dan murah.

16 October 2009

Adakah ini satu petanda ....?

Gambar dari Amal's flickr

Tahun ni merupakan tahun ke-2 saya mengadakan rumah yang agak-agak terbuka untuk Hari Raya. Kalau tahun lepas, jemputan terhad kepada rakan-rakan di St Andrews sahaja, tahun ni jemputan dipanjangkan sedikit kepada (beberapa) orang rakan dari Dundee.

Sesuai dengan skala majlis yang lebih besar, maka makanan yang dihidangkan juga lebih banyak.

Majlis berlangsung dari tengah hari sampai la ke malam. Mujur la 'housemate' saya seorang sahaja. Kalau ramai mesti susah nak adakan majlis macam ni. Lagipun saya dah bagi tahu dia awal-awal lagi pasal majlis ni (lebih kurang usir secara mesra) ..ternyata berkesan sebab dia keluar pagi-pagi lagi, dan balik bila majlis dah hampir-hampir tamat. Takde la dia sengsara lama sangat dengan bunyi bising orang bercakap Melayu.

Saya puas hati bila melihat semua yang datang balik dengan kekenyangan. Tapi agak ralat bila banyak makanan yang tak habis. Mungkin ini satu petanda masakan saya tidak sedap; dan mereka semua buat muka kekenyangan untuk menjaga hati tuan rumah. Orang Melayu kan penuh beradab.

08 October 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Ramai yang kata, keputusan PMR tak penting sangat. Lain lah kalau SPM, yang mana keputusannya sangat mempengaruhi peringkat pengajian tinggi kita semua.

Saya pun sebelum ini bersetuju dengan pendapat demikian. Bagi saya, bila dah menduduki peperiksaan SPM, keputusan dalam PMR secara automatiknya akan dilupakan. Orang dah tak tengok keputusan PMR lagi bila dah ada SPM.

Namun, pendapat saya berubah semenjak semalam.

Seorang kenalan di sini menjemput saya makan malam di rumah beliau. Selain saya, terdapat 2 orang lagi rakan lain yang bersama di rumah tersebut. Hidangan yang disediakan oleh isteri beliau sangat lazat, dan sangat banyak. Bagi saya seperti hidangan untuk 10 orang. Namun kami seramai 5 orang sahaja.

Sebelum, semasa dan selepas makan kami mereka tidak henti-henti berborak dan diselang-seli dengan gelak ketawa yang saya pasti jiran sebelah boleh dengar. Saya senyum, sengih dan buat-buat gelak bila merasakan mereka sedang membuat lawak.

Bagi saya, inilah akibat daripada mendapat D dalam Bahasa Arab Komunikasi PMR dulu. Saya tak faham apa yang mereka semua cakap. Kadang-kadang saja mereka guna bahasa Inggeris.

Mujurlah makanan semuanya sedap.

03 October 2009

Jamuan Raya Mencetus Persaingan?

Sambutan Aidilfitri di luar negara masih terasa kemeriahannya. Walaupun tidaklah semeriah sambutan di Malaysia, namun sekurang-kurangnya suasana hari raya masih boleh dirasai. Kalau di Malaysia ada majlis Rumah Terbuka, yang berlarutan sehingga penghujung bulan Ramadhan; di sini pun ada.

Saya baru balik dari menghadiri Rumah Terbuka seorang rakan di Dundee. Meriah. Penuh dengan masyarakat Malaysia. Makanan pun banyak dan sedap-sedap. Ada Mee Udang, Pulut Kuning, Nasi Himpit, Rendang, dsb dsb dsb. Sama sahaja dengan hidangan di Malaysia. Jadi kepada mereka yang selalu 'upload' ke facebook, gambar makanan semasa Rumah Terbuka di Malaysia untuk membuatkan kami di sini iri hati, hentikanlah perbuatan yang sia-sia itu.

Gambar di bawah bukanlah gambar semasa Rumah Terbuka hari ini, tetapi adalah semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Komuniti Melayu Dundee di London Dundee.


Gambar di atas adalah gambar pelajar lelaki 'single', manakala gambar di bawah adalah gambar pelajar perempuan 'single'.


Saya tak pasti, adakah selepas menghadiri majlis ini, dan selepas memerhatikan ketidakseimbangan di dalam nisbah Lelaki:Perempuan di Dundee, akan tercetus satu persaingan selepas ini.

Tunggu dan lihat saja.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Gambar-gambar di'pau' dari Facebook Mahadi