25 April 2010

Sumber Protein

Dua tahun lepas, semasa urusan cari tempat belajar, aku dapat juga tawaran daripada University of Liverpool. Masa tu rasa beriya-iya untuk pilih Liverpool sebab fikir mesti senang nak tengok 'game' bolasepak. Tapi, selepas tanya rakan-rakan, dan kebanyakan mereka cakap Liverpool ni agak kurang selamat (kadar jenayah antara yang tertinggi di UK), akhirnya aku pilih St Andrews.

Namun, minggu lepas, tercapai juga hasrat untuk ke Liverpool. Sekurang-kurangnya sekadar melawat. Terima kasih kepada Syahrin dan famili kerana menjadi 'host' saya untuk hujung minggu lepas, dan juga trip ke Liverpool ni.

Selain daripada Stadium Anfield*, aku tak nampak banyak yang menarik dengan Liverpoo; antara 5 bandar terbesar di UK. Mungkin sebab aku ni jenis tak suka sangat tinggal di bandar. Lagipun pada pengamatan aku, bandar Liverpool bukan jenis teratur sangat, dan tak rasa macam duk di bumi British (sebab ramai 'foreigners kot).Lagi satu yang menarik sebab ia merupakan bandar pelabuhan. Penuh dengan kapal-kapal besar; ada yang komersil, peranginan dan juga kapal perang (yang dah 'pencen' kot). Keadaan begini (tepi laut) sekurang-kurangnya dapat juga 'relatke'kan dengan Terengganu, walaupun di Terengganu, kebanyakan kapal-kapal digunakan untuk tujuan perikanan (tak ada kapal perang dan tak banyak kapal kontena).


Pemandangan sebahagian bandar Liverpool dari Liverpool Eye. Tak boleh nak London Eye, yang ni pun jadi lah.

Walau macam mana pun puas hati juga kerana tercapai hajat untuk jejak kaki ke Liverpool, terutama sekali di stadium Anfield. Tapi terkejut juga bila tengok stadium ni. Kecik dan menyayat hati je, walaupun Liverpool FC merupakan sebuah kelab besar dan tersohor. Satu pengajaran baik untuk sukan di Malaysia; kita tak semestinya kena ada stadium besar macam Bukit Jalil untuk ada sebuah pasukan bolasepak yang mantap.

Sebelum meneruskan perjalanan aku ke London pada hari Ahad, Syahrin juga telah bagi kepada aku benda berharga kepada orang Kelantan, iaitu sumber protein daripada ikan. Kalau dulu hanya ada dalam botol, namun sekarang telah dipasarkan dalam bentuk paket. Boleh lah lepas ni mintak famili di kampung pos kan (dan tak perlu melalui pelabuhan Liverpool pun).


Merah dan mengancam, rasanya pasti membuatkan anda di awangan

Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

* Oleh kerana keadaannya yang agak menyayat hati, aku tak sanggup untuk letak gambar stadium Anfield kat sini, kerana dibimbangi akan melukai hati penyokong fanatik dan totoq Liverpool di Malaysia

4 comments:

IzanJay said...

haritu pergi rumah Jarina dapat tau ada budu cap ketereh..packing sebijik macam ni..berangan nak beli kat ganu aritu..diorang kata ada..abih dah dengan 'banyak' urusan lain..lupa dah..huhuhu..lo ni makan budu filipino mari je ler...

rauhunt said...

budu filipina apa kelas, tak boleh lawan budu Kelate yg diakui terbaik dan tersedap.
check la di ISI web knowlwdge

Unknown said...

silap haribulan, kuca budu wak supo nescafe 3in1. hehe

rauhunt said...

masalifah,

kalu silap hari bulan wak gitu takpo sbb sedap