16 May 2010

Tarik Balik

Keputusan kerajaan untuk menarik balik perlantikan terus pegawai akademik yang dapat PdD ke gred DS51 / DS52 telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pegawai-pegawai yang akan terbabit. Siapa tak marah, kalau diberikan peluang mesti lah nak gaji lebih. Tapi, ada juga yang cakap, perlantikan terus tersebut agak tidak patut. Bagi mereka, untuk mencapai gred tersebut perlulah berkhidmat untuk sesuatu tempoh yang agak lama. Mana boleh bila dapat PhD je terus ke DS51. Agak tidak adil kepada pensyarah yang bertahun-tahun berada di gred DS45 hanya kerana tak ada PhD.


Aku rasa ada betulnya juga. Namun, aku rasa kerajaan mungkin dalam dilema sekarang sebab penarikan balik ni telah menimbulkan rasa kecewa kepada beribu-ribu atau berpuluh ribu pegawai akademik yang sedang atau akan sambung PhD. Tapi, kalau diteruskan juga skim ini, nanti akan membuatkan pegawai senior di gred DS45 pula yang tak puas hati.


Entahlah, kita sama-sama nantikan keputusannya. Dalam masa terdekat ini, akan diadakan perbincangan antara wakil KPT dengan wakil Felo/Tutor/Pensyarah yang terjejas dengan dengan keputusan penarikan balik ini. Susah nak puaskan hati 2 pihak yang mewakili 2 kumpulan yang sangat ramai.



Walau apa pun, aku tertanya, tak terfikir ke oleh kerajaan atau mereka yang bertanggungjawab untuk tarik balik gelaran Datuk kepada Lee Chong Wei. Mungkin gelaran sedemikian membuatkan beliau rasa tertekan, dan sebab itulah asyik kalah je kalau main lawan Lin Dan (yang takde Datuk pun). Lagipun, kalau tarik balik gelaran daripada Lee Chong Wei, pihak yang tak puas hati mungkin tak seramai kumpulan pensyarah di atas.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng):

Tapi aku rasa syukur dan bertuah memandangkan Naib Canselor UMT telah memberi jaminan bahawa penarikan balik tersebut tak akan dilaksanakan di UMT. Jadi, sila mohon jawatan kosong di UMT sekarang!

5 comments:

lelabu said...

hebat demo.. abih2 ngaji terusbuleh gred 51.. hebat. nyesal kawe tok ngaji ppandai...

rauhunt said...

Seli,
Mitok la kijo UMT ..ado kosong lagi ..tamboh2 set2 PTD mace mung sene buleh

Kuzak said...

Pointer Macam Kambing Boleh Mintak Ke???

rauhunt said...

Kalau PTD tak kisah pointer mcm mana pun ...PTD kan hebat

ahmad zariff said...

[awas, komen berikut penuh emosi] aku salah sorang yg telah berkorban berhenti mengajar di ipts untuk sambung phd full time kerana peluang yang dilihat dengan perlantikan terus ke ds51. so bila dengar perlantikan ni ditarik balik, memang panas tahap pu***ak sebab dah halfway. kalau mcm ni baik je terus berkhidmat di ipts sambil buat phd part time je. tak de la seksa ikat perut dgn duit biasiswa yg tak seberapa, nak beli rumah pun hold, dan mcm2 lg. Memang tindakan yg bodoh oleh pensyarah2 yg lebih senior untuk mendengki. Bagi aku, kalau mereka nak fight hak mereka, tak salah. tapi jangan sampai mengganggu hak orang lain. cam c*b**i. tuntutlah hak kamu, tapi jangan kamu sekat hak orang lain. nama je pensyarah lama, sebab tu masih di takuk lama. cara pemikiran tak cukup inovatif.