


Lepas tengok-tengok, aku rasa aku guna cara ke-3 .."The Windsor"



Lepas tengok-tengok, aku rasa aku guna cara ke-3 .."The Windsor"
Makan nasi minyak dari Restoran Maidah. Lauknya sedap (dah namanya free, mesti sedap!).
Tapi sedap (maksud aku geli hati) lagi bila dengar komen2 staf2 (bawahan) sebelum acara makan2 bermula, iaitu sebaik saja ucapan2 bermula
Komen Staf1 : "Kambing betul! Aku ingat datang2 sini boleh terus belasah"
Komen Staf2 : "Tiba2 aku rasa malas nak makan sini"
Komen Staf3 : "Ni dah jadi macam nak bagi Wang Ihsan, sebelum bagi duit ada ceramah dulu"
Komen Staf4 : " Ada ke patut, Pegawai Sains yang kena gantung bendera" (takde kaitan ngan jamuan ari ni)
Wah, panas juga suasana kerja kat sini rupanya. Aku ingatkan kat sini suasananya harmoni. Aku ingatkan staf2 yang 'penuh ketekunan' memasang bendera hari tu bangga dengan kerja mereka. Aku ingatkan staf2 yang 'penuh disiplin' berbaris masa merdeka hari tu pun bangga dengan penglibatan mereka.
He he ..nak buat macam mana. Kerja makan gaji, mesti ikut arahan bos. Kalau tak nak ikut bos, kerja la sendiri. Ya aku nak buka perniagaan sendiri.
Wahai En TM Online, beri la saya wang RM 1 juta kepada saya, saya nak meniaga.