11 September 2006

Makan Free

Dr Sakri call ..ajak aku pergi makan. Ingatkan dia nak belanja makan. Tapi pergi ke Majlis Kesyukuran staf2 yang baru naik pangkat.

Makan nasi minyak dari Restoran Maidah. Lauknya sedap (dah namanya free, mesti sedap!).

Tapi sedap (maksud aku geli hati) lagi bila dengar komen2 staf2 (bawahan) sebelum acara makan2 bermula, iaitu sebaik saja ucapan2 bermula

Komen Staf1 : "Kambing betul! Aku ingat datang2 sini boleh terus belasah"

Komen Staf2 : "Tiba2 aku rasa malas nak makan sini"

Komen Staf3 : "Ni dah jadi macam nak bagi Wang Ihsan, sebelum bagi duit ada ceramah dulu"

Komen Staf4 : " Ada ke patut, Pegawai Sains yang kena gantung bendera" (takde kaitan ngan jamuan ari ni)

Wah, panas juga suasana kerja kat sini rupanya. Aku ingatkan kat sini suasananya harmoni. Aku ingatkan staf2 yang 'penuh ketekunan' memasang bendera hari tu bangga dengan kerja mereka. Aku ingatkan staf2 yang 'penuh disiplin' berbaris masa merdeka hari tu pun bangga dengan penglibatan mereka.

He he ..nak buat macam mana. Kerja makan gaji, mesti ikut arahan bos. Kalau tak nak ikut bos, kerja la sendiri. Ya aku nak buka perniagaan sendiri.

Wahai En TM Online, beri la saya wang RM 1 juta kepada saya, saya nak meniaga.

3 comments:

Fazira Albaijure said...

salam. rauhan. kabar yang didengar, KBS x anjurkan KWD tahun ni. barangkali sibuk dgn sukan komuniti. huhu. tp bagi pihak psscm sendiri pulak, sy kurang pasti.. atau psscm caw terengganu ada plan tersendiri? buat inter kelas latihan misalnya :) tQ.

rauhunt said...

Sara ..thanks for the info. Dah agak dah sblm ni.

Caw. Trg rsanya xde planning lg pasal festival-like program. Bln 11 ni kena jd host Kursus TP zon timur, dan host USR, maybe zon timur jugak. Padat sgt dah tu, bln 12 plak ada dinner.

Ingatkan Perak ada planning nk buat. Sbb Perak rmai tenaga kerja

Fazira Albaijure said...

hehe.. perak stkt ni xde plan utk KWD. dkt bulan posa ni, seme pun mcm reserve.. :) wiken ni ada interaksi psscmutp dan psscmpuo di kem timad, chemor. mehle join :)