18 September 2006

Cara Ikat Tali Leher

Ni beberapa cara untuk mengikat Tali Leher




Lepas tengok-tengok, aku rasa aku guna cara ke-3 .."The Windsor"

15 September 2006

Minggu yang sibuk

Minggu ini aku agak sibuk. Kerana terlibat dengan demonstrasi Silat Cekak selama 4 hari berturut-turut. Bermula dengan malam ni di UDM kampus KUSZA. Kemudian esoknya di Pasar Bukit Besar, untuk acara apa-aku-tak-ingat. Dengar cerita YB yang rasmi program tu. Pagi Ahad ni pula demonstrasi di IKM Besut, sempena Majis Konvokesyen. Kemudian malam keesokannya di UiTM Dungun, ada Majlis Penerangan.

Aku sibuk sangat. Tak sempat nak update blog & music d multiply Aku dah update sebenarnya.

11 September 2006

SMACH boleh!

Semalam aku baca Berita Minggu. Dalam bahagian sukan ada berita pasal Sekolah Menengah Sains Machang. Menjuarai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bawah 14 tahun Kebangsaan. Aku tersengih dan tersenyum seorang. Lama sungguh rasanya tak baca berita pasal sekolah aku dalam akhbar.

Sekarang kalau nak tengok nama SMACH bila diumumkan keputusan PMR atau SPM pun agak susah. Tak macam dalam tahun2 1990-an.

Hari ini. Aku baca HarianMetro. Sekali lagi ada berita pasal SMACH. Walaupun beritanya sama, hati aku tetap gembira.

Tahniah kepada semua Cikgu Ghazali Hamat, Pasukan Hoki dan semua Smachians. Harap2 kejayaan ini akan jadi pencetus untuk kejayaan yang lebih besar. Biar setiap bulan ada je berita kejayaan SMACH dalam akhbar. Baru gempak.

Makan Free

Dr Sakri call ..ajak aku pergi makan. Ingatkan dia nak belanja makan. Tapi pergi ke Majlis Kesyukuran staf2 yang baru naik pangkat.

Makan nasi minyak dari Restoran Maidah. Lauknya sedap (dah namanya free, mesti sedap!).

Tapi sedap (maksud aku geli hati) lagi bila dengar komen2 staf2 (bawahan) sebelum acara makan2 bermula, iaitu sebaik saja ucapan2 bermula

Komen Staf1 : "Kambing betul! Aku ingat datang2 sini boleh terus belasah"

Komen Staf2 : "Tiba2 aku rasa malas nak makan sini"

Komen Staf3 : "Ni dah jadi macam nak bagi Wang Ihsan, sebelum bagi duit ada ceramah dulu"

Komen Staf4 : " Ada ke patut, Pegawai Sains yang kena gantung bendera" (takde kaitan ngan jamuan ari ni)

Wah, panas juga suasana kerja kat sini rupanya. Aku ingatkan kat sini suasananya harmoni. Aku ingatkan staf2 yang 'penuh ketekunan' memasang bendera hari tu bangga dengan kerja mereka. Aku ingatkan staf2 yang 'penuh disiplin' berbaris masa merdeka hari tu pun bangga dengan penglibatan mereka.

He he ..nak buat macam mana. Kerja makan gaji, mesti ikut arahan bos. Kalau tak nak ikut bos, kerja la sendiri. Ya aku nak buka perniagaan sendiri.

Wahai En TM Online, beri la saya wang RM 1 juta kepada saya, saya nak meniaga.

03 September 2006

Cuti Merdeka

Aku bali Kelate pd tgh hari Merdeka. Naik apa lagi, naik motor la. Rasanya ni kali ke 2 aku balik Kelate pd 31 Ogos. Jalan2 agak sibuk dengan mat2 (kadang2 ada jugak minah2) motor/rempit. Nasib baik takde polis yang rajin untuk menahan mereka. Kalau ada, aku pun mungkin kena jugak atas alasan mengganggu lalu lintas.

Duk rumah je. Sekali je pergi ke KB. Tu pun sebab cari tiles/jubin untuk tangga rumah. Dari Rantau Panjang kami ke KB, pas tu ke Pengkalan Chepa, pas tu Ke Kubang Kerian. Tak jumpa kedai besar (teori: kedai besar = harga rendah). Last2 jumpa dekat2 ngan KB Mall. Tp tak jgk jmpa yang berkenan. Tauke suruh ke Peng. Chepa (laa.. baru je pergi), dia kata ada kilang White Horse kat situ, siap ada showroom. Yaa..kami ke kawasan perindustrian itu skali lagi. Ke kilang White Horse. Pergi ke showroom ..last2 amoi (anak tauke kot) kata dia tak jual. Hanya boleh ambil kod jubin, pastu cari ke kedai lain. Asbestos punya birokrasi (sapa kata Kerajaan je ada birokrasi? rupanya kedai jubin pun ada juga). Kami balik. Tapi singgah kejap di kilang MML. Ada juga jubin. Tapi kena punggah sendiri, kata pekerjanya sbb takde khidmat penghantaran. Oit..mana nak sumbat dalam Kancil. Tak jadi beli. Terus balik ke Rantau Panjang.

Habis kisah drama mencari jubin

Ni cerita lain pulak

Haneem & Aseng nikah pada 31 Ogos 2006. Aku dah lama plan nak pergi. Tapi last2 boleh lupa. Aku heran kenapa takde sorang pun ex-smachian yang contact aku. Biasanya Jeme Jepun, atau Aming, atau Gerzeng. Terpikir jugak, kalau2 aku dipulaukan mereka. Tapi rasanya takde kot perkara terlampau yang aku buat setakat ni sampai boleh dipulaukan.
Mungkin jugak takde sapa2 bali Klate ari tu. Ye la, Merdeka hari Khamis, Jumaat tempat lain tak cuti macam Klate dan Ganu. Jadi takde sapa2 yang balik.

Hari ni balik Ganu. Buka circles99 ..baru aku teringat pasal kawin Haneem & Aseng. Terlepas jugak nak meraikan hari bahagia pasangan ni ..bukan setakat ex-schoolmate, tapi jugak ex-classmate masa form 4 & form 5. Anyway, for u guys ..Semoga berbahagia dan Semogo jodoh berpanjangan.

Ahli kelab bujang semakin berkurangan. Siapakah individu yang akan memegang keahlian dengan tempoh yang paling lama? Adakah Debuf?, Aming?, Jeme Jepun ..he he ramai lagi calon2nya