07 November 2007

Berita apa ni??

"Cukai dinaikkan kepada 14 peratus"

"Permintaan tinggi, sistem tiket tergendala"

Yang di atas tu adalah antara contoh ayat dalam berita ringkas di Astro Awani (ch123). Alaa berita bertulis yang ada kat bahagian bawah skrin tu la. Tapi beza berita ni berbanding yang ada kat TV3 adalah berita Awani statik, TV3 pula bergerak. Oleh kerana statik, maka pihak Astro pun buat la ayat ringkas. Ya, ayat yang ringkas memang la baik. Tapi mestilah RINGKAS, TEPAT dan PADAT. Kalau ringkas macam ayat di atas tu saya rasa semua (kalau tak pun majoriti) penonton tak faham. Berita yang kedua tu mungkin ada juga yang boleh tangkap maksudnya. Rasanya pasal tempahan tiket Olimpik Beijing 2008. Rasanya la..

Harap-harap Astro boleh membaiki persembahan berita ringkas ini. Kami bayar tau untuk tengok Astro. Kalau RTM atau MediaPrima yang buat tak apa la juga sebab kami tengok secara percuma.

2 comments:

Anonymous said...

Mad, len kali jangan tengok astro, senang, takyah bayar pon. Kita biarkan syarikat iklan yang bayarkan untuk syarikat TV. Kita bayar bil electric je.

rauhunt said...

Tu lah ..kalau takde astro senang jugak. Channel yg byk pon tak guna jugak kalau tak sempat tengok (sibuk la katakan)