26 November 2007

Letupan misteri di Terengganu

Baru-baru ini (Jumaat lepas) rakyat Terengganu telah digemparkan dengan satu letupan yang sangat kuat. Bunyinya seakan-akan bunyi bom atau meriam yang ditembak masa bulan puasa. Saya (yang berat sekadar 54kg) yang ketika itu sedang duduk di ruang tamu rumah telah bergerak 3mm dari tempat duduk asal akibat daripada gegaran yang dihasilkan oleh letupan tersebut (serius, ini kes benar!)

Ramai yang telah membuat telahan. Ada yang kata sebab letupan pelantar minyak di Paka. Ada yang kata letupan bom. Yang paling asbestos, ada yang kata bunyi letupan Anak Krakatoa. Huh, kalau la Anak Krakatoa menghasilkan bunyi sekuat itu, sah sah la anda tidak akan jumpa peta Indonesia dalam Google Earth.

Kelmarin, misteri letupan tersebut akhirnya terbongkar. Ianya dihasilkan daripada pesawat Sukhoi SU-30 MKM. Menurut Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07). Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini. Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara (sumber:
www.bharian.com.my)

Hmm. Nasib baik la si Sukhoi yang menghasilkan letupan tersebut. Wahai Encik Sukhoi, lain kali kalau nak 'gurau kasar' macam ni bagi la salam dulu. Takde la pulak kami di Terengganu ni kalut.

Ada juga soalan yang bermain di fikiran saya
Betul ke ni pesawat Malaysia? Entah-entah pesawat Singapura.

Nota (bukan nota kaki bangku):

Ada juga kebaikan daripada kejadian letupan ni. Sekurang-kurangnya lebih ramai yang mengingati Allah (walaupun buat sementara waktu) selepas mendengar bunyi 'Encik Sukhoi'.

2 comments:

Anonymous said...

Jom la ramai2 ke LIMA langkawi. Best woo. He he ..tapi aku pon tak penah pegi lg ..tahun ni baru ada sen nk g Langkawi

rauhunt said...

Mmg teringinn la nk pegi ke LIMA tp fulus tak cukup. Tgk dlm tv dan internet je la