15 September 2008

Ini bukan iklan


Gambar di atas tiada kena mengena dengan iklan kedai jahit

Kalau di Malaysia jangan harap la saya nak jahit sendiri beg yang koyak. Hantar saja ke kedai atau kalau nak lagi murah kat tukang jahit di kaki lima. Tapi kat sini terpaksa jahit sendiri. Mahal sangat kalau hantar ke kedai. Saya dah tekena. Beli seluar £4 je tapi ubah jahit kakinya £8!

Oh ya, kalau nak tahu (kalau tak nak pun takpe), saya baru je pindah ke rumah baru Isnin lepas. Kontrak setahun untuk AP39, Albany Park, St Mary Street, St Andrews, Fife KY169BP, UK. Rumah ni dekat sangat dengan makmal/ofis di Gatty. 15 langkah untuk jalan normal. Kalau catwalk 19 langkah dan kalau jalan kepit mungkin sampai 24 langkah. Saya guna 15 langkah. Rumah ni untuk 2 orang sahaja dan saya tinggal ngan seorang lagi lelaki Melayu di St Andrews. (Saya dan Hafiz sahaja lelaki Melayu di Univ ni).

Gembira sangat boleh tinggal kat rumah ni. Memandangkan hanya kami berdua sahaja kat sini, maka dapatla menggunakan dapur dengan optimum sekali. Tak perlu lagi saya mengasingkan setiap periuk, kuali, pinggan dan mangkuk hayun saya seperti di Fife Park dulu. Selesa. Saiz bilik pun besar, 2.5 kali ganda dari bilik di rumah lama.

Rumah ni kat tepi pantai. Gambar kat atas tu diambil dari tingkap rumah. Malas nak keluar, dan juga malas nak buka tingkap. Kalau ambil gambar lawa-lawa pun (kalau je) bukan ada yang bayar.

Sekarang dah tak ada alasan datang lewat ke makmal.

10 comments:

Anonymous said...

gambar ko tgh menjahit tu.. mcm hostel kat upmt (umt) dulu2 lak.

aku rase pasni mesti ko tunjuk lak gambar ko jahit baju raya sendiri. huhuhu..

rauhunt said...

bilik aku ni ada la rupa hostel upmt sikit2 (yg masa kita 1st year), tp tak la sampai kena jln mengiring kalau selisih dgn org lain dalam bilik.

takdenya aku nk jahit baju raya ..aku dah bawak siap2 baju melayu sini ..2 pasang!

Anonymous said...

Rauhun...Ramdan mubarak and selamat hari raya...bagi alamat rumah tu suruh hanto kad raya ke?

Anonymous said...

jahit bag sndr??berdikari betul.moral of the story:-ELAKKAN PEMBAZIRAN.TIRU MCM RAUHUNT D PERANTAUAN

soft board tu bersih lg..thn depae, sure penuh segalo notes2 mu deh...trmasuk la card raya..

rauhunt said...

kak erin,

Slamat berpuasa penuh (kalau boleh) dan selamat hari raya. Tak terfikir pulak pasal alamat tu, tp alang2 kak erin dah tanya, saya pun betul kan niat saya ..bukan nak mintak kad raya ..tp kuih raya.

rauhunt said...

Huda,

softboard tu tak akan penuh ngan kad raya la ..sbb aku tak pentingkan kad raya ..tp kalau rak buku aku penuh dengan tupperware yg berisi kuih raya tu aku nak la :P

Anonymous said...

post gambar cantik-cantik bagi kitorang tengok.

Anonymous said...

post gambar cantik-cantik bagi kitorang tengok.

rauhunt said...

Raja Mongkut,

Trima kasih sudi singgah sini. Gambar menarik tu susah sikit la. Kamera murah je saya beli.

Unknown said...

Hi rauhunt,

lama x singgah sini, saya pun baru gak pindah umah baru, sewa murah sikit berbanding hall, boleh gak saving (haruss saving nak gi paris hehe). so berapa sewa rumah tu? kat reading nih mahal bangett.

Shahrul