07 September 2008

Akhirnya balik juga

Akhirnya, selepas selama 40 hari yang membosankan di Lowestoft, saya bertolak pulang ke St Andrews hari ini. Perjalanan pagi tadi bermula jam 9.50 pagi. Perjalanan dari Lowestoft ke Norwich berjalan lancar, namun dari Norwich ke Peterborough terdapat sedikit masalah dengan sistem brek train. Jadi terpaksa naik train lain dan mengubah sedikit laluan. Dari Norwich sepatutnya saya terus ke Peterborough, tetapi terpaksa ke Ely terlebih dahulu dengan train lain, dan ambil train satu lagi ke Peterborough. Sekarang ni saya berada dalam train ..perjalanan dari Peterborough ke Leuchars (stesen yang terdekat dengan St Andrews). Dijangkakan sampai di stesen Leuchars pada jam 7.53. Waktu berbuka jam 7.54. Saya dah bawa siap-siap bekal kurma dan air mineral (air paip sebenarnya) untuk berbuka.

Tak sabar rasanya nak kembali merasai kedinginan udara dan kedamaiann hidup di St Andrews. Nak main floorball atau apa-apa sukan di Gatty Games rasanya tak kot sebab puasa. Tapi sekurang-kurangnya gembira juga la lepas ni kerana esok saya akan masuk rumah baru, serumah dengan seorang lagi Melayu. Senang la untuk berbuka dan bersahur bersama.

Tapi runsing juga sebab esok mesti Dave akan tanya banyak soalan kepada saya pasal perkembangan kerja-kerja di CEFAS. Harap-harap dia tidak menjangkakan yang terlalu 'hebat' dari saya sebab sepanjang berada di CEFAS, rutin harian saya dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam hanyalah berada dalam makmal. Tidak sempat sangat untuk baca atau belajar benda-benda lain daripada Keith.

Emm ..4 jam lagi nak sampai. Nasib baik ada internet, tak la bosan.

No comments: