23 September 2008

Salam Perantau (lagi??)

Kali ini sekali lagi saya paparkan Salam Perantau. Tapi ini versi yang tidak original. Salam Perantau ini tidak terdapat atau belum diterbitkan dalam mana-mana akhbar berbahasa Melayu, Inggeris, Cina ataupun Tamil.

Silalah tengok ...

Daripada:
Wan Mohd Rauhan bin Wan Hussin (University of St Andrews, Scotland)

Kepada:
Keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali diri ini.


Ucapan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan terhadap salah dan silap saya.

"Kalau makan ketupat dan lemang tu ingatlah saya di sini. Tapi, kalau makan makanan lain (cth: Nasi Dagang, Sate, Dodol, Kuih Samprik dll) tu ingat-ingatlah juga saya di sini, jangan lupa pulak".

Hmm ..raya dah dekat. Kadang-kadang rasa sayu juga hati. Kali ni barulah saya betul-betul menghayati lirik lagu seperti Dendang Perantau (P. Ramlee) dan Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Sudirman). Tapi takpe, kena cekalkan hati juga. Tak boleh sedih-sedih. Dah Hari Raya ni hari kemenangan dan kegembiraan umat Islam. Maka, kena gembira lah pada 1 Syawal ni. Tak kan nak menangis pulak.

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan sahabat di Malaysia, rakan-rakan perjuangan di luar Malaysia dan juga kepada semua umat Islam.

6 comments:

Pak Zawi said...

Rauhan,
Selamat Hari Raya. Berhari Raya di perantauan akan menjadi kenangan hidup Rauhan buat selama-lamanya. Bukan senang nak dapat pengalaman sedemikian.

rauhunt said...

Pak Zawi,
Selamat Hari Raya. Ya betul tu, akan menjadi kenangan yang akan diingati selalu. Dulu hanya terbayang sahaja macam mana rasaya, sekarang (pun masih terbayang) akan dapat rasa sendiri.

Anonymous said...

pose atas rumput tu yg x tahan tu ;)) ala2 roy lak :D
tp mmg hebat la ko design (adobe photoshop?). kamil tgk ni mesti jeles

rauhunt said...

Jep,

Hanya pose atas rumput aku mampu, kalau nk pose atas salji tak boleh lagi.

Sape kata aku design kad tu? (soalan merendah diri)

YuS~N3 said...

Selamat beraya di perantauan..

rauhunt said...

Yus,

Selamat beraya di Kelantan Darul Naim (ayat jelous)