13 September 2008

Istinjak

Masa di Tesco petang tadi seorang pakcik Scottish senyum kat saya. Saya pun senyum la balik. Dia tanya, "Awak ni orang China, Jepun ..atau Filipina? Saya kata salah semuanya, saya orang Malaysia. Lepas tu berlakulah perbualan panjang lebar dengan pakcik tu. Dia asyik duk puji orang Asia sebab peramah. Selalu senyum kepada sesiapa sahaja. Dalam masa yang sama dia duk kutuk orang-orang Scotland dan England yang menurutnya sangat sombong. Susah nak senyum. Memang pakcik ni kutuk sunggu-sungguh, padahal dia sendiri orang Scotland.

Lama la pulak pakcik ni membebel pasal orang Scotland dan England. Saya dah tak tahan dah. Bukan tak tahan mendengar dia membebel, tapi tak tahan dengan baunya. Ntahlah ..bau hancing gila. Ke bau sebab dia minum? Apalah pakcik ni, mulut laser nak mampus duk kutuk orang lain. Tapi diri sendiri pun tak terjaga. Tak istinjak ke? Kalau ambik ujian PAFA ni mesti tak lulus. Mujur la telefon dia berbunyi. Saya pun apa lagi. Lari la untuk menyelamatkan diri.

4 comments:

Anonymous said...

rauhunt,

dugaan & cobaan bulan posa la tue..kena kuat iman skit..

Anonymous said...

listerine pakcik tu hbs. tu psl pegi tesco

rauhunt said...

huda,

yang tu bukan dugaan ramadhan saja ..tu dugaan sepanjang tahun ..aku slalu menghindari daripada jumpa orang-orang tua yang mesra alam tahap melampau

rauhunt said...

jep,

bukan setakat listerine dia habis ..pampers dia pun dah habis

btw ..selamat berblog (mentang2 duk oversea baru kau nak berblog ya?)