07 November 2008

Bonfire di Plymouth

Prolog:

Pertama kali sampai di Plymouth, saya teringat dengan gelagat Dr Khalid. Kalau beliau mula bercerita topik Plymouth, maknanya saya terpaksa la bersedia untuk mendengar cerita beliau paling kurang untuk 45 minit. Dari kenangan masa buat Ijazah Pertama, hinggalah kisah bertemu jodoh beliau, Dr Khalid sentiasa bersemangat bercerita (dengan penerangan komprehensif dibantu dengan Google Earth / Maps) sehinggakan saya tiada peluang untuk mencelah atau meminta diri untuk keluar bilik. Hahaha, itulah Dr Khalid Samo. Penyelia Projek Akhir Tahun Saya masa Ijazah dulu dan Penyelia ke-2 untuk projek Master saya. Oh satu lagi fakta tentang Dr Khalid. Anak bongsu (dan kedua bongsu) beliau, muka 'Mat Saleh' 100%, dan cakap dialek Terengganu pekat ..100%.




Interlude:


Saya datang ke Plymouth bukannya sebab menyambut malam Bonfire...


Sekali lagi saya minta anda semua rujuk di Google atau Wikipedia apa itu Bonfire. Tak ada gunanya saya beritahu di sini sebab saya pun akan guna rujukan dari Wikipedia 100%.


..tetapi menghadiri PRIMER Statistical Workshop, di Marine Biological Association (MBA), Plymouth. Kursus 5 hari bermula dari Isnin dan habis hari ni (Jumaat). Jadual bengkel ni memang padat, cuma pada hari Rabu sahaja kami diberi peluang untuk melawat National Marine Aquarium dan MBA Library (saya ponteng lawatan ke perpustakaan ni, sebaliknya jalan-jalan ke bandar). Malam tu pula berpeluang untuk menyaksikan perta Bonfire.


Satu pengalaman menarik juga menghadiri bengkel ni, walaupun kepala asyik pening memikirkan ..apa ya??


1. Yuran pendaftaran bengkel £373

2. Lesen (single user) PRIMER - £273

3. Yuran-yuran di atas dibayar oleh St Andrews (SERG)

4. Saya seorang sahaja yang diberi peluang hadir ke bengkel ni (bunyi macam kerja baiki motor atau kereta je bila sebut bengkel, kan?).

5. Jadi saya dapat bayangkan bila balik ke SERG, Dave dan konco-konco beliau akan tanya dan minta saya ajar PRIMER. Habis la, sebab saya sendiri pun faham sikit (sangat sikit) shj pasal menda ni.

Tinggalkan dulu perkara yang tidak 'best' pasal PRIMER. Yang menarik tentang kursus ni adalah bila berpeluang berjumpa dengan peserta-peserta (30 orang semuanya) dengan latar belakang kajian yang agak berbeza (walaupun kebanyakan daripada peserta adalah 'Marine Ecologist'). Selain itu, majoriti daripada peserta memang dah senior dalam bidang ni. Ada Professor, ada Postdoc, ada Pensyarah dan ada juga Freelance Researcher. Setahu saya ada 2 atau 3 orang sahaja yang masih belajar (termasuk saya). Kadang-kadang (oh silap, selalu sebenarnya) rasa ketinggalan juga bila dalam kuliah. Tapi seronok sebab mereka semua cukup ramah dan mesra-alam dan suka memberi pandangan atau komen.

Selain itu, gembira juga bila boleh jumpa dengan peserta dari negara-negara lain. Ada dari Jerman (banyak la saya sembang dengan dia bermodalkan pengalaman saya di Berlin bulan lepas), Norway, Venuzuela (saya selalu duk ajuk dia skrip dalam Mistress Hermanas atau Amaste Asi), Sepanyol (kami selalu sembang pasal bolasepak dan Barcelona), Itali, Cyprus, USA (apa lagi kalau bukan Barack Obama), Australia, UK (dah tentu la ada kan), dan juga dari Malaysia. Nanti dulu, saya maksudkan mereka ni memang 'terbang' dari Malaysia semata-mata untuk hadir ke bengkel PRIMER. 3 orang semuanya.

Prof Fatimah Yusoff (UPM):


"Roy, ni 'supervisor' Master kau kan? Maaf la aku banyak juga 'ter'tanya pasal Master kau ..hehe

Dr Mazlan Ghafar (UKM):


"Ni 'external examiner' kau ke Jep? Hehe, aku pun ada juga 'ter'tanya pasal kau punya viva"

Dr Aziz Arshad (UPM):

err ..saya tak tanya pun pasal Jimi.

dan .."Kamil, diorang tak kenal pun kau. Aku dah tanya banyak kali dah, dan siap tunjuk gambar. Jangan kecik hati Mil. Mungkin diorang tak cam sebab kau dah nampak macam Anuar Zain dengan rambut panjang mengurai sekarang"

4 comments:

MsN said...

prof tim!!supervisor aku gak tuh:)tah ingat ntah tak kat aku..huhu

Anonymous said...

soksek soksek.. kecik btul dunia ni. pusing2 jumpe org yg sama gak. steady la dr.mazlan. haha. xtau la ape dia ckp kat ko.. tp kalo x dpt smbg kat us ni dulu.. aku nk buat phd dgn dia je. :D

so, mane bonfirenye??

rauhunt said...

Natrah,

Dia ingat lagi kat kau ..dia sebut nama kau (jgn bangga)

rauhunt said...

Jep,

Lupa lak nak cerita panjang pasal Bonfire. Aku update kat PC-lab masa tu ..15 mins sblum start workshop. Lagipun aku tak ambik gambar byk sbb tertinggal kamera (byk alasan kan). Jadi kesimpulannya aku tak akan tulis pun pasal bonfire.

Dr Mazlan mmg slamba n steady ..dan lawak. W/pun baru jumpa aku rasa cam lama kenal, sehinggakan aku 'TER'mengata dia, masa dia tanya aku nak beli 'cap' ke tak. Aku kata, "Saya tak nak beli Dr, takde apa nak tutup, Dr kena beli la sebab silau kalau tak tutup". haha ..dia gelak je