20 November 2008

Personal Survival Techniques

Semalam (Rabu, 19 Nov 08) buat pertama kali saya sampai ke Aberdeen. Untuk menghadiri kursus 'Personal Survival Techniques' pada keesokannya. Hanya 1 malam saja di Aberdeen; dan tak sempat pun tengok-tengok bandar Aberdeen waktu siang, sebab 4 petang dah gelap-gelemak (rujuk kamus Kelantan perkataan 'gelemak - tiada kaitan dengan Geli Mat Geli Mat).

Buat pertama kali juga semalam tidur di asrama kat sini (kalau sebelum ni kat B&B). Saya tidur di Scottish Youth Hostel (nama je 'youth' tapi yang tidur semuanya kurang muda). Seronok juga tidur dalam dorm (20 orang 1 dorm). Dengan katil besi dan dengan bunyi "Ork erk ork erk" (Teringat zaman-zaman di Sains Labok dulu).

Pasal kursus ni pula, ia adalah pra-syarat sebelum saya boleh terlibat dalam sebarang kerja-kerja sampling di laut menggunakan kapal CEFAS. Jadi nak tak nak merokok saya kena ikuti juga. Yang peliknya, kalau saya pergi dengan kapal universiti, tak perlu ada pun sijil ini.

Sebenarnya saya kurang puas hati dengan kursus ni. Terlalu 'simple'. Nak buat macam mana sebab ianya adalah peringkat paling asas. Dave pun bayar untuk peringkat ni sahaja sebab nak cukupkan syarat CEFAS. Bahagian yang paling membosankan bila saya (dan peserta lain) diajar teknik-teknik memakai 'life jacket', dan terjun ke dalam kolam (dari paras 3 dan 8 m). Kenapa? ...masa Orientasi Laut UPMT 1999 dulu saya dah buat. Terjun dalam laut lagi, dan seterusnya berenang ke pantai (lebih kurang 100m).

Aktiviti yang agak mencabar cuma bilamana kami dikehendaki membetulkan semula kedudukan 'life raft' yang terbalik. Teknik ni perlu dilakukan dengan teliti sikit sebab kalau tak maknanya kepala saya yang tak-botak-tapi-ada-rambut-w/pun-tak-panjang akan dihempap oleh 'raft' tersebut.

Masa penerangan ini saja yang saya betul-betul tumpu perhatian

a) b)



Konsentrasi saya semasa melakukan aftiviti ini sedikut terganggu memikirkan antara 'latihan' dan 'tanggungjawab untuk posing'

Ok lah. Walaupun kurang mencabar tapi sekurang-kurangnya saya dah ada sijil. Lepas ni boleh la pergi sampling bila-bila masa (padahal lambat lagi nak sampling ..sekarang ni tumpukan pada kerja makmal lagi).

Sebut pasal kerja makmal, saya akan sekali lagi ke Lowestoft pada 23 November ni. Kali ni bukan tempoh 40 hari, tapi 4 minggu sahaja. Lega, setelah berminggu-minggu cari rumah sewa ('flatshare' sebenarnya), akhirnya dapat juga rumah 5 hari lepas. Berdasarkan cerita tuan rumah, keadaan rumah ni lebih baik daripada yang saya sewa dulu. Harap-harap ianya bukan indah khabar dari rupa.

Tapi ..kat mana nak sambut Raya Korban? Hmm ..nampaknya sekali lagi tak akan beraya di St Andrews.

8 comments:

MsN said...

errr..rauhan, ko sbenonya buat bidang apa ek?

rauhunt said...

Benthic ecology

Pak Zawi said...

rauhan,
Walaupun mudah buat je la sebagaimana di suruh. Untuk kursus survival sengoti balik mari buat di Gua Musang tengok lagu mano susah hok ore tempatan buat.

rauhunt said...

Pak Zawi,
Kalau d Gua Musang tu saya tahu mmg payah program survival nya. Sini simple je, tp instructors lebih2 la pulok dlm memberi peringatan dan amaran

KELUARGA ASHRAF said...

salam.
dulu sekolah sains labok ko.

rauhunt said...

ha ah ..batch 97 ..sains labok jugok ko?

KELUARGA ASHRAF said...

saye smach pioneer 1983-1987 your 10 years-senior. sekarang ni dok kerja kat HUSM tak taulah kalau your batch ada kerja kat sana.

rauhunt said...

Dr Asyraf,

(knaleng pulok super senior tegur)
tak pasti pulak ada ke tak batch 97 keje HUSM ..yg tahu kerja belah pantai barat.