09 November 2008

Internet percuma?


Gambar: Perkhidmatan internet yang disediakan di Malaysian Hall.

Bagi anda yang tidak dapat baca syarat dan peraturan penggunaan internet dalam gambar ni (kertas kat dinding yang saya bulatkan dengan warna merah), sila rujuk di bawah:

1. Perkhidmatan ini hanya untuk pelajar yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia sahaja.

2. Sila isikan borang di kaunter pendaftaran sebelum menggunakannya.

3. Penggunaan dihadkan untuk 20 minit sahaja.

Saya tak kisah dengan syarat-syarat tu. Biasalah, perkhidmatan percuma, mesti ada had nya. Tapi yang kelakarnya bila komputer tersebut (2 buah) diletakkan dalam kantin Malaysian Hall, dan kalau anda perhatikan terdapat meja makan betul-betul sebelah komputer tersebut. Habis, kalau sepanjang masa ada je orang yang makan di meja tersebut, macam mana nak guna internet?

2 comments:

Anonymous said...

Idea bernas, tapi kurang bijak perlaksanaannya.
..my two pennies worth..

rauhunt said...

Nura,

Ya tu ..sepatutnya komputer tu diletak kat lobi Malaysian Hall