14 December 2008

Makcik Maimun Celik IT

Masih ingat dengan Makcik Maimun?

Calon parti Bebas yang bertanding semasa PRU pada bulan Mac yang lalu. Umur beliau dah pun menjangkau 89 tahun. Beliau kalah dalam pertanding tersebut. Ok ..saya tidak berhajat mengulas keputusan PRU. Tapi apa yang menarik minat saya adalah ..Makcik Maimun ada Blog sendiri! Bukan setakat blog, siap ada Picasa Album, YouTube Videos ..dan Facebook juga!

Blog Makcik Maimun

Rasanya blog beliau dah lama dilancarkan, cuma saya je baru tahu (antena pendek).

Selepas kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail, satu pilihanraya kecil akan diadakan di parlimen ini tidak lama lagi. Setahu saya Makcik Maimun tak akan bertanding. Kecewa rasanya. Kalau beliau bertanding, mesti sengit kan ..lebih-lebih lagi bila ada seorang lagi calon Bebas akan bertanding di parlimen KT ni. Yang menariknya ( dan pelik juga) calon Bebas tersebut adalah seorang pemuda dari Rantau Panjang, Kelantan (saya tak pun kenal beliau).

Terfikir juga, apa agaknya faktor yang membuatkan parlimen Kuala Terengganu jadi dambaan ramai? Taman Tamaddun Islam ..atau Kelab Teluk Warisan di Pulau Duyung?

16 kok meng dah:

Kamil L 15 December, 2008 06:57  

wow..kagum giler aku...tak sangka plak makcik nie celik IT. erm...terfikir aku, camne lah budak uni yg tak celik IT, mesti rasa tercabar...
LAKONAN SEMULA:
control (A), DELETE...
"wah..putus sahabat"

"takpe, undo jer "
hahaha...

sabiqahAnuar 15 December, 2008 07:06  

hehe hebatnye dia, ni laa warga emas teras masyarakat...emmm makcik maimun da tak betanding sb klu nk betanding kene pakai byk duit (rm 10k if i'm not mistaken)....huuuuu

rauhunt 15 December, 2008 07:10  

Kamil,
kejadian hampir putus sahabat sebab tak celik IT berlaku di bilik ANN 3-37 kolej kediaman pelajar UMT pada tahun 2000 ..masih segar dlm ingatan aku. haha

rauhunt 15 December, 2008 07:11  

Sabiqah,
Btul tu ..byk duit nk kena guna utk yuran pertandingan + promosi. Lagipun calon Bebas ni kedudukan kewangan tak la sekukuh calon dari parti

WM Khairul 15 December, 2008 07:28  

Aku ingat insiden tu ....Tapi siapakah mangsanya ahhh? Takkan aku plak...Mustahil...

Kamil L 15 December, 2008 07:50  

tp lagi mustahil kalo kuzak...hehe..

rauhunt 15 December, 2008 08:40  

WM Khairul dan Kamil,
Kita anggap sja mangsa tersebut adalah Syadwan (anggap je la):P

Kamil L 15 December, 2008 12:33  

haha....ok..aku ikut jer..tak tau lah rebeh :p

cappuccino 15 December, 2008 13:19  

ganah..ganah..boleh jadi duta IT ne..takdok ko IT company nok offer mokcik maimun ne jadi model produk dia..errrrr..buleh ko lagu tu????..takut koho tak laku jah produk tu..parahhhhh...

rauhunt 15 December, 2008 22:40  

cappuccino,
heheh ..tok tahu la buleh laku ko dok. tp terpikir jugok siapa individu atau kump d sebalik Makcik Maimun. Atau mmg Makcik Maimun ni bergerak sendiri tanpa ditaja mana2 pihak.

jep 16 December, 2008 19:33  

kak mun (makcik mcfly) camne lak? tu pun patut jd calon gak. tiap2 hari bleh update citer politik dr dia kat mcfly. haha..

Khairul 18 December, 2008 03:17  

Woi kecek pasal mok cik maimun..dio sokmo tanyo pasal puok-puok mung...

Kalu maghi jalae tganu ni..singgoh la meta...rindu kot mokcuk maimun dia ni....

Apo cerito anok angkat dia md ezzam hah??

Kamil L 18 December, 2008 03:17  

Hehe..crita pasal makcik mun (McFly)..teringat kat mat ezam...

situasi:

Ketang..ktang (bunyi sudip berlaga ngan kuali)...

Rebeh: wah..mat ezam keja di sini..kat McFly...

Mat ezam: Jgn panggil aku mat ezam, panggil aku pakcik mun...

haha...sapalah buat lawak nie, aku tak ingat dah...tp aku pasti cerita nie wujud..hehe...

rauhunt 18 December, 2008 08:48  

Jep,

Aku pun terpikir kenapa Kak Mun tak masuk calon ..dia punya skill berpidato hebat ..suara lantang. Ingat lagi bila dia berbahas ngan orang2 BN kat kedai dia ..dgn selambanya Kak Mun menang w/pun berbahas sambil tangan kanan dan kiri memegang senduk sambil menggoreng Nasi Goreng Separuh (Ayam) dan Penuh (Ayam)

Tapi mungkin juga dia dah taknak terbabit secara langsung dlm politik dah ..sebab lepas balik Haji ..suara dia kurang lantang dah ..dia sekadar duk d meja ..terima bayaran (dgn mesin pengimabas duit palsu) sambil memotong bawang dan halia :-D

rauhunt 18 December, 2008 08:53  

Khairul,

Kedai McFly adalah antara 7 wonders of Mengabang Telipot yg aku akan lawati bila balik tahun depan. Top priority

Anonymous 19 December, 2008 06:18  

sebab apa k.t jd dambaan? sebab apa lagi...sebab politik lar..


-mentimun-

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP