01 December 2008

Musim 'Boh'

Entri ini adalah bagi menjawab pertanyaan Dr Asyraf (pelajar sulung Sains Machang; sekarang sambung belajar di Ghent, Belgium) dalam entri AirAsia di bawah.

Jumaat lepas saya telefon mak saya guna JustVoip. Mak bagi tahu air Sungai Golok dah nak limpah, atau dalam bahasa 'standard' laporan berita .."berada pada paras bahaya". Barang-barang dalam rumah Ayah Wel dan Makcik dah diletak dalam kotak sebagai langkah berjaga-jaga untuk memudahkan kerja bila nak punggah naik ke tingkat atas.

Semalam sekali lagi saya telefon, dah 'boh' dah di Rantau Panjang. Ya ..seluruh kawasan Rantau Panjang, termasuk lah Pusat Membeli Belah Bebas Cukai (yang termasyhur). Rumah Ayah Wel dan Makcik ..pembetulan; saya lebih selesa gunakan perkataan 'rumah kami'. Sebab kami tinggal dalam satu rumah, bersama nenek (ibu kepada mak saya dan Makcik) dah penuh air, paras lutut. Sebelum tu bila Syahrin tanya, saya tengok Buletin Utama dan dah dapat agak paras air bila tengok video dalam berita tersebut. Dan ternyata telahan saya 95.38% tepat.

2 jam 8 minit yang lalu saya sekali lagi tengok Buletin Utama, dan mendapat tahu air semakin naik. Harap-harap la ia tidak akan seburuk banjir pada tahun lepas. Kalau tahun lepas, dalam rumah kami (aras 0), air paras dada (dada manusia, bukan dada itik!), dan lagi 1cm nak melimpah masuk ke aras 0.5 rumah kami. Lepas ni kena telefon lagi nampaknya.

Dah lama dah tak main air 'boh'. Rindu pulak rasanya. Kali terakhir saya sempat balik kampung masa banjir pada tahun 2002. Seksa juga tapi seronok. Memang kena balik kampung untuk main air 'boh', sebab di Kuala Terengganu jarang sangat banjir.

Tapi, baru sekejap tadi McRose (atau nama asal beliau Mek Bunga atau Membunga) meng-YM saya dengan diselangi aksi 'buzz' beberapa kali, memberitahu Kuala Terengganu juga banjir teruk. Sehinggakan UMT pun ditutup sebab banjir.

Saya terkejut campur teruja untuk mengetahui berita terkini banjir di Kelantan dan Terengganu; dan mengesampingkan sementara rasa teruja saya menunggu salji turun di bumi UK.

Walau apa pun, harap-harap tiada sebarang kejadian buruk yang berlaku semasa musim banjir ni.

13 comments:

Anonymous said...

ganu memang agak teruk tahun nie..

Anonymous said...

rauhunt,
ktrg cuti bencana...gara2 umt dilimpahi air hujan..teringt citer klasik lama "singapore di langgar todak.." umt di langgar banjir..

Anonymous said...

dr asyraf tu dah ada phd ke? . kate zambung belajar... kot-kot fail... kalau camtu kau pun kena panggil dr. rauhan le pasal kau pun tengah sambung belajar walaupun belum tentu kau lulus...

rauhunt said...

Huda,

Best la semua sbb cuti :-)

rauhunt said...

MikiMous,

Dr perubatan dah ada pangkat 'Dr', tak payah tunggu dia habis phd boleh panggil 'Dr'

KELUARGA ASHRAF said...

baguslah buat PhD hok cikgu Bob, sudin bio, lan kob & the geng suko dengar anok buoh mereka sambung belajar sampai ke peringkat tertinggi.
Kawe tok tahu lagi nok sambung PhD ko dok tuo doh nih. lagipun bidang kawe ni byk teropong & kerat guna pisau blade.......oghe panggil konektologis .....takut nanti hilang skil weh nanti saloh keghat takdok pasa2 terkulai layu nanti dik.

rauhunt said...

Dr Asyraf,
Ha ha ha lawok gilo penerange pasal bidang Urology. Ingat ko 'mnamo rimau' konektologis tuh :-)ROTFL Pandai jugok wak 'naka bewok' Dr deh. bilo la buleh jupo Dr ..best jugok kecek2 pasal Sains Labok.

Kawe dan lagi blajar ngan cikgu2 tersebut tu. Lan Kob tu warden blok A. Budok2 blok A ramai hok bg duit ko dia suruh simpan (bank tok rasmi). nok crito pasal Smach panje bdo'oh (bidaah) la pulok.

KELUARGA ASHRAF said...

meme...lah panje ceghito esp gu2 smach-pioneers. cikgu2 jadi sain masa tu. cikgupun sokmo dok ghoyat esp lan kob: tokleh nok banding ngan gu kawe nih baik apo soal sekalipung ceghito baik maupun ceghito tok baik. ado belako weh.
Setakat ni alhamdulillah boleh dikatakan setiap tahun kalu ado gapo2 kat skoloh tu cikgu akan panggil smachian esp kat HUSM untuk join. Best jugok. Masaalohnya setakat ni tokleh lagi nok gabungkan semua batch. masing2 ado group sendiri.

rauhunt said...

Dr Asyraf,
Ramai kakloh la kalu gitu ex-Smachians d HUSM. Pasal setiap batch ado grup sendiri sayo pun setuju. Nok wak guano sbb masing2 seleso ngan gu2 batch sndiri. Tp dgn ado kejohanan futsal every yr harap2 semangat ke-batch-an yg tebal akan terkikis. Kito ni semuo samo. Samo2 makan nasi kawoh (yg dikacau ngan siko) dan samo2 minum air Wahi (buke Milo)

sabiqahT.Anuar said...

tu laa dengar cita UMT banjir...huuu "air mengabang"

rauhunt said...

Sabiqah,
Air mengabang limpoh..ada kemungkinan bewok dlm tu pun kuar ..haha mesti pengalaman menarik kalu jalan dr fakulti ke cafe buleh jupo bewok melintas

Unknown said...

Hi,

I saw your name in Facebook as a friend of Tomas Cedhagen. I've a blog at zveloyak.blogspot.com which might interest you. I invite you to take a look and if you do please leave a comment so I know you have. Thank you.

rauhunt said...

Hi Pokcik Zaharan,

Pardon my late reply. This blog had been put in a vantage point out of the way of myself for last couple days. Cuti Raya Haji.
You must be an Aarhus alumnus I reckon? Had I didnt admit to come over here in St Andrews, I could have been doing PhD in Aarhus. But apparently my jodoh is not with the Scandinavian uni.
Anyway, I had just popped by your blog. Very interesting really.