12 April 2009

Menjejaki Paris Hilton

Saya pasti ramai yang mengenali Paris Hilton. Bintang ternama yang saban hari gambarnya terpampang di dada majalah, mahupun di laman web. Aksi-aksi hebat Paris Hilton dalam gambar membuatkan saya begitu teruja untuk bersua muka secara 'live'.

Jadi, selain daripada memenuhi kriteria sebagai Melayu Malaysia tipikal dalam memilih destinasi percutian di luar negara, tujuan saya ke Paris, baru-baru ini adalah untuk menemui Paris Hilton.

Saya telah melakukan perancangan rapi demi memastikan misi pencarian ini terlaksana. Agak bernasib baik kerana telah mendapat sokongan daripada famili Bro Rusdi dan Bro Zahuri (maaf Abe Dee, malas nok letok link sini).

Daripada maklumat awal (walaupun agak sangsi juga), kami diberitahu Paris Hilton berada di Disneyland Park. Seharian kami di sana. Puas mencarinya tapi hampa. Yang ada hanyalah Mickey Mouse, Donald Duck, Lilo, Stich dan rakan-rakan mereka.
Hari ke-2 kami ke kawasan Eiffel Tower. Kami beranggapan Paris akan berada di tempat tumpuan ramai, sebab dia sangat suka publisiti. Namun, sekali lagi misi kami gagal. Bukan Paris Hilton yang kami jumpa, tapi Paris Hitam; iaitu pemuda-pemuda Afrika dan Bangladesh yang memenuhi kawasan tersebut untuk menjual cenderamata. Nak ambik gambar pun susah sebab mereka asyik berada dekat dengan kami sambil menyebarkan aroma badan yang menyesakkan hidung.


Misi Hari ke-2 agak tergendala kerana hujan lebat di Paris. Kami bersabar. Pencarian diteruskan pula keesokan harinya. Pencarian pada hari ke-3 ini kami mulakan di Champs Elysees. Iaitu jalan yang paling popular di Paris dan dipercayai antara kawasan paling mahal di Eropah. Tapi, Paris Hilton tiada di sini.

Seterusnya, kami ke Musee Lourve. Kami beranggapan Paris Hilton meminati seni, memandangkan dia juga terlibat dalam bidang seni (seni apa? seni suara ke seni badan?). Tapi, sekali lagi pencarian berakhir dengan kekecewaan. Mungkin Paris tak heran sangat tengok gambar lukisan atau patung bogel, sebab dia sendiri pun boleh beraksi sedemikian!


Kami dah buntu, puas dicari tapi Paris Hilton belum dijumpai. Dari Institute Music, Pont Neuf dan merata-rata lagi kami cari tapi ....hampa. Di Moulin Rouge pun dia tak ada. Agak-agaknya Paris Hilton dah tak laku dah dalam membuat persembahan tarian selak-selak kain di Moulin Rouge. Selepas itu, kami ke kedai makan Turki. Makanannya agak murah tapi sedap. Dalam hati saya masih mengharapkan Paris Hilton akan muncul di kedai ini. Mana tahu, dia dah sengkek, dan terpaksa makan kat kedai macam ni. Tapi bayang dia pun tak ada. Nampaknya dia masih kaya; mungkin hasil royalti penjualan gambar dan video.


Akhirnya kami putus asa. Balik semula ke tempat penginapan di La Defense. Dalam perjalanan ke apartment kami, saya ternampak Hotel ini. Saya agak pasti mesti Paris menginap di hotel ini. Saya cuba masuk, tapi tak dibenarkan oleh pengawal keselamatan di situ. Sebabnya, bila tengok penampilan saya, mereka tak percaya yang saya menginap di situ. Mana taknya. Jaket dari PRIMARK (kalau di Malaysia, sama dengan jaket dari Giant Hypermarket), jeans Levi's Rantau Panjang, kasut Adidas (ori tapi ebay).


Nak buat macam mana. Sudah ditakdirkan yang saya tak menemui Paris Hilton secara 'live'. Yang boleh hanyalah secara maya sahaja, dengan menaip "Paris Hilton" dan tekan 'search'.

8 comments:

sabiqahT.Anuar said...

hehehe takpo laa tgk dale u-tube je laa paris hilton tu, video music dio, hehehee....klu jupo pom dio cam ke rauhan?? heee

rauhunt said...

Sa,
Video music? Kalu Paris Hilton bukan video music, video lain ore cari

Hanis MY said...

sudah ku jangka tajuk itu menceritakan rauhunt jenjalan kat paris...wah2 serunutnyer, bersungguh dia pegey bidadari tu spy tidak naik ke langit hehe..

rauhunt said...

Hanis,
Nk tumpang bidadari tu cari Paris Hilton

huda said...

rauhunt,

mu g "JALAN-JALAN CARI PARIS HILTON" aka "JJCPH"...bukan JJCM..jalan2 cr makan..

rauhunt said...

wah Huda, mentang2 la ex-UKM ..pandai nya mu reka akronim.

p/s: tp sbenarnya JJCPH atau JJCM adalah abbreviation ..kalau akronim adalah singkatan yg kita boleh sebut frasanya (cth: PAS dan UMNO), manakala abbreviation kena sebut huruf satu-persatu (cth: PKR dan DAP) ..huhu lama doh tok tgk Honda DAP 1639 parking d tempat khas FASM

IzanJay said...

super imposed keeeeeeeeeeee

rauhunt said...

Izan, mcm mana kau tahu ni super impose? Tp mcm real kan?