24 March 2009

Aiman Tak Kisah

Nama Gatty Marine Laboratory telah ditukar kepada Scottish Oceans Institute. Pada dasarnya tidak ada yang berubah. Masih dengan gabungan beberapa fakulti, institut dan jabatan yang sama. Halatuju penyelidikan juga sama. Sekadar penjenamaan semula.

Bila bertanya kepada beberapa staf senior di sini. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan nama baru ni. Macam-macam alasan. Ada yang kata tak sedap, susah nak sebut. Ada juga yang kata nama Gatty dulu cukup sentimental, sebagai menghormati Charles Henry Gatty (antara individu yang berjasa dalam mewujudkan Gatty Marine Laboratory). Bagi mereka, tak kisah, walaupun nama sekarang (Institute) lebih gah berbanding dulu (Laboratory).

Kalau di Malaysia, memang la Aiman Tak Kisah. Tapi kan Aiman, orang lain semuanya kisah pasal nama yang gah atau tak. Besar bezanya tu. Macam Kolej Universiti dengan Universiti. Walaupun apabila guna nama Universiti, program yang ditawarkan adalah sama dengan semasa nama Kolej Universiti dulu. Tapi kesan nama Universiti (tanpa Kolej di sebelahnya) amat besar di Malaysia.

Sebagai orang Malaysia. Sudah tentu saya menyukai nama sekarang. Scottish Oceans Institute. Kalau orang tanya boleh sebut dengan yakin dan dengan pergerakan mulut yang jelas, terutama sekali menyebut konsonan 'sh' yang terakhir tu (diyakini tak tersembur air liur).

11 comments:

sabiqahT.Anuar said...

hehhehe...welll loni kan ore duk sebok "re-branding"...semua benda nk penjenamaan smula, hohoho...

kustem lagi laa, dari UPMT, turun jadi KUT, pastu KUSTEM, tengah2 nak glamer namo kustem tukar jadi UMT laks, adeiii

rauhunt said...

Sa,
UPMT ke KUSTEM buke rebranding. Tu 2 institusi yg berbeza w/pun org2 di dalamnya yg berbeza

Tepi Sungai Batu said...

Salam,
Pok Mae pun tak kisah.

Anonymous said...

"Tu 2 institusi yg berbeza w/pun org2 di dalamnya yg berbeza (Rauhan, 2009)"... camne tu?

(sambil cube menyebut "sh" byk2 kali... eh ape yg bestnye?) :))

Anonymous said...

salam..origin from rantau panjang?ni asal rantau panjang jgk..tp bakpo xkenal pon..anak sape yer..maklumlah r/panjang xrmi student yg berjaya..can add me ym, nonie_cobbergirl@yahoo.com..juz tukar2 pndapat & ilmu.

rauhunt said...

Pok Mae: mesti terpengaruh ngan Aiman jugok

Jep: apa tu "camne tu"? btw, sebutn 'sh' tu pengaruh dari Ajai ..Sherashi bershama

Kamil L said...

berbeza kan..contoh..Rauhunt dengan Dato Rauhunt... org yg sama, tp org akan lebih memandang tinggi pada dato Rauhunt :p

Anonymous said...

"camne tu" sbb aku x brp nk phm ayat tu.

"sh"... ajai? hahahah. knp x sheila majid gak? :))

rauhunt said...

Kamil,
Kalau dato' harimau camana?

Jep,
aku pun tak paham ..takpe abaikan je mende remeh ni

Pak Zawi said...

Rauhan,
Mr Tomas Cedhagen dari Sweden ada datang KB semalam. Dia kata dia pernah supervise Rauhan. Dia ke Trengganu hari ni jumpa Zaharan Razak.

rauhunt said...

Pak Zawi,
Kecik nya dunia ..Sbenarnya dia x supervise saya pun, tp hampir. Dulu ada apply buat phd bwh dia, tp offer letter lewat smpai tu yg saya beralih arah ke st andrews.