30 August 2009

Lembab dan Basah

Semalam, buat pertama kalinya saya sempat ke Masjid Dundee dalam bulan Ramadhan tahun ni untuk, 1) berbuka puasa, 2) bertadarus, dan 3) bertarawikh.
(Nota: Susunan tidak mengikut keutamaan penulis)

Alhamdu lillah. Bila berada di kalangan rakan-rakan Muslim yang ramai macam ni barulah rasa suasana puasa. Berbuka ramai-ramai. Boleh mendengar orang mengaji Al-Quraan, bertarawikh dan juga tadarus (Sebenarnya orang Malaysia saja yang bertadarus, rakan-rakan Muslim dari negara lain masing-masing mengaji secara solo). Tentang sembahyang tarawikh pula lebih kurang sama dengan di Malaysia. Mereka buat 20 rakaat di sini. Tapi selepas 8 rakaat, dah ada sebilangan (termasuk saya) yang berhenti.

Tentang makanan pula, apa yang menarik perhatian saya adalah orang di sini tidak kisah tentang 'presentation' dalam menghidangkan makanan. Asalkan boleh makan, sudah cukup bagi mereka. Beberapa orang yang ditugaskan dalam penyediaan makanan main 'hentam' sahaja, siap campak-campak (atau tabur-tabur) lagi makanan seperti kurma, pisang dan pakora; kecuali nasi sahaja yang dibubuh elok dalam pinggan polisterin.




Saya terfikir, di Malaysia kita tak boleh buat macam ni. Kebanyakan kuih kita lembab dan basah. Siapa yang nak makan, kalau ada yang pegang kuih dengan tangan (biasanya berpeluh dan melekit sebab cuaca panas), dan campakkan atas alas seperti yang orang Dundee buat. Silap-silap akan ada Akok atau Pisang Sira yang melekat di muka akibat 'serangan balas'.

7 comments:

huda said...

rauhunt,

mknn tu mcm "sape cepat die dapat ke??"

berterabur la kan..tkpe..yg penting niat tu penting..bukak posa..aminnn

Kuzak said...

Thanks For Sharing.... Aku x pernah tau ada perkara Camni. Aku nak try esok kat masjid Putrajaya / Masjid Besi....

rauhunt said...

Huda,
Bukan sape cepat dia dpt ..lambat pun dpt sbb org sini x brebut dan ambik lebih

Kuzak,
Kau nk buka posa kat masjid ..aik, bukanke baru masuk gaji?

Kuzak said...

Aku Nak Try Campak-campak Makananan Kat Masjid.

IzanJay said...

Ish...macam tu ke...kalau itu dah menjadi budaya.takpe la.tapi tak best jugak ek main campak2 je..

Haa...ada pi dundee ek...belikan la ketupat segera Nona!!!Nak buat jamuan raya!

Siti Suriana Yusoff said...

Assalamualaikum,
lama tak dengar khabar...
selamat berpuasa dan tahan godaan2 lurah dendam!
dari kami yg hari2 ke bazar ramadhan(balas dendam tahun lepas tokleh make akok dgn jala mas).

rauhunt said...

Kuzak,
Semoga berjaya melakukannya tanpa ada makanan yang kembali dicampak ke muka kau

Izan,
Katupat segera? Apa tu? tak main la yg segera, tak original

Kak Na,
Waalaikum salam, lurah-lurah dendam sekarang ni kebanyakannya dah tertimbus gara2 cuaca dah agak sejuk.