22 August 2009

Salam Ramadhan

Saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan.


Tahun ni merupakan kali ke-2 saya menyambut Ramadhan di perantauan. Sedih juga. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Lagipun dah lebih 20 tahun sambut Ramadhan di Malaysia (Sungai Golok pun dikira sebagai Malaysia dalam konteks entri ini). Jadi, apa salahnya sesekali sambut di negara lain.

Perbezaan antara Ramadhan di Malaysia dan di UK, tak payah cakap ..memang banyak. Di sini tak ada Bazar Ramadhan. Tak ada bunyi orang main mercun. Tak ada Nek Bat, Jala Mas, Buah Tanjung, Puteri Mandi aka Kepek Hidung, Lompat Tikam dan juga Murtabak Diraja (sekadar menyebut beberapa nama makanan tipikal di Kelantan). Dan yang paling berbeza sekarang adalah masa.
Masa puasa di sini lebih lama berbanding di Malaysia. Sebagai contoh hari ni, Subuh jam 3.02 pagi dan Maghrib jam 8.33 mlm.

Mungkin sebab itulah saya dengar ramai kawan yang mengambil kesempatan untuk balik ke Malaysia bulan 9 sebab tak tahan dengan puasa yang lama.
Bagi saya itu bukan masalah besar. Bukannya lama sangat pun tambah masa.

Namun, bila mula berpuasa pada hari ni. Saya terpaksa mengakui yang saya juga berharap Ramadhan jatuh pada musim malam panjang iaitu musim sejuk.

Sebabnya, pada musim sejuk, tak ada anak gadis yang berbikini di tepi pantai seperti yang saya lihat tengah hari tadi. Dan, pada musim sejuk juga, rakan-rakan di makmal semuanya memakai pakaian yang sopan, dengan 'jumper' atau 'sweater' yang tidak menampakkan bentuk tubuh. Tidak seperti sekarang, mereka pakai t-shirt ketat dan singkat yang mana bila mereka tunduk untuk mengambil barang dalam laci, maka ternampaklah apa yang sepatutnya
(memang sepatutnya la kan, sebab pakai macam tu).

Lebih 'senang' rasanya kalau puasa pada musim sejuk.

11 comments:

azam said...

Salaam Rauhan,

Nasebla, kat dunny sahur kul 6pg, buko 5.58ptg.Kalu taun lepas lagi best, kul 4 lebih bleh buko doh, hehe, tapi yo lah kito ore ceruk selatan jah!

wah, baguhla demo, jg pndgn mato,ko sbb pengikut2 setio kene jel?! jnge bule poso jah, deh, tulah lebihnyo bule poso, bule utk diuji.. p/s: jgn lupa syarat2 batal pose!?

maaf banyokla deh blako-lako, salam Ramadhan =P

arejae said...

selamat berpuasa dan juga berbuka puasa deh. ;) kawe tok kelik rantau panje tahun nie.rayo di perantauan jugok.

Anonymous said...

Mu dah wajib di kahwinkan doh ni Tok..

rauhunt said...

Azam, Wah insaf baco coretan ustazah ..tp jange pseudo doh la

Ajae, takpo samo2 la kito pase lagu rayo d pagi rayo.
p/s: jadi worih ki ngan Azam?

Tepi Sungai Batu said...

Selamat berpuasa dari Pak Man.
Kalau dah ternampak tu....nok wat guano...tengok saja lah. Tapi kalu doh puas tu cepat-cepat paling ke tempat lain lah.(Pak man ggurau jah tuh).

rauhunt said...

Pakman, Selamat berpuasa.
Saya sokong kata Pak Man, bak kata org2 tua ..pandangan pertama adalah rezeki

azam said...

erk, warih blako, umat islam keh bersaudara (perhatian: ni ayat tok pseudo ni!)

kecek psl pseudo ni, rajing dengar dok perkatan "istikhlas": berpura-pura ikhlas supaya satu ketika nt akan menjadi benar2 ikhlas, haa jange maing pseudo2 pung =P

huda said...

rauhunt,

selamat berpuasa & selamat hari raya maaf zahir + batin (in advance)...;)

rauhunt said...

Azam,
Ngaku pseudo la selama ni?

Huda,
Maaf zahir batin. Tak perlu tulis 'in advance' pun. Kalau tak org yg ucap selamat hari raya pd 2 Syawal dan seterusnya nak tulis apa?

Kuzak said...

Berbuka Puasa Dengan Melihat Aurat Perempuan Yang Bukan Mahram.... Wow!!!!

rauhunt said...

Kuzak,
Aku dah menjaga pandangan aku, jln pun semakin tunduk. Tp kalau tiba2 ada yg tunduk sambil menampakkan lurah dendam, aku dongak pula kepala