07 November 2009

Dejavu: Zaman Sekolah Rendah

Hari Rabu baru-baru ni berlangsung acara pelancaran MASTS (Marine Alliance for Science & Technology Scotland). Acara berlangsung di Dynamic Earth, Edinburgh. Selain pelancaran, ada juga dibuka 'stand' dari universiti-universiti Scotland yang terlibat dalam MASTS.


Bersama ahli SERG

Setelah sejam lebih berada di sana dengan mengunjungi pameran, saya dilanda kebosanan. Jadi saya mengambil peluang untuk ke tempat lain yang berdekatan dengan Dynamic Earth ini.

Aktiviti 1: Mendaki bukit

Menuju puncak

Bukit yang saya daki dinamakan Salisbury Crags. Bukit ini merupakan yang tertinggi di Edinburgh. Semasa berada di puncak bukit ini, saya terpegun melihat keindahan bandar Edinburgh (yang merupakan bandar ke-2 paling ramai dikunjungi pelancong di UK selepas London). Namun, saya tidak dapat berada lama sangat di atas bukit ini kerana ada satu lagi tempat yang saya nak pergi, sebelum bertolak balik ke St Andrews.


Edinburgh Castle - pandangan dari Salisbury crags


Aktiviti 2: Melawat Parlimen


Dah lama saya teringin nak melawat Scottish Parliament, namun sebelum ini masa tidak mengizinkan. Jadi peluang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin.

Pintu masuk ke parlimen

Bangunan parlimen Scotland tidak lah besar sangat. Ianya sebuah bangunan moden. Kadang-kadang nampak macam muzim sebab banyak juga hasil seni yang dipamerkan di sini. Semasa di parlimen, sempat juga saya masuk ke Debating Chamber, iaitu dewan tempat wakil-wakil rakyat Scotland bersidang.


Bergambar di Debating Chamber

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati mengikuti rombongan ke Edinburgh kali ini. Selain daripada menghadiri pelancaran MAST, dapat juga saya ke tempat menarik yang lain. Terima kasih kepada School of Biology yang menyediakan perkhidmatan bas.

Nota kaki jalan-jalan (jalan free sapa tak nak)

Melawat Scottish Parliament terus membuatkan saya teringatkan aktiviti Lawatan Sambil Belajar semsa sekolah rendah. Selain daripada Parlimen, Muzium Negara dan Zoo Negara juga adalah tempat wajib pergi pada masa tu. Dejavu. Bukan setakat dejavu ini melanda ingatan, tapi juga melanda gaya penulisan ..budak sekolah.

4 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak man masa sekolah rendah dulu, pergi tengok penyu bertelor di Rantau Abang. Berkhemah tepi pantai.Suka nya hati tidak terkata.

rauhunt said...

Pak Mae, saya pun pegi tgk penyu bertelor d Rantau Abang ..eh, mungkin kita satu sekolah dan satu batch kot ..harhar

huda said...

rauhunt,

pic mu d debating chamber (mcm chambering utk law student pulak)..mu mcm PUTIH (not really) la..

tp...

pic rmi2 dgn group members, mcm org lain mmg putih..mu gelap la..heheheh

rauhunt said...

Huda,
memang la ..aku takde penyakit Keputihan