27 December 2009

Hati-hati Dengan Perangkap Mereka

'Winter' kali ini adalah antara yang paling teruk melanda UK. Banyak penerbangan terpaksa ditunda. Dan ada yang lebih teruk bila terpaksa dibatalkan terus. Begitu juga dengan 'train'. Ramai orang putih yang nak balik beraya terkandas di stesen atau 'airport'.

(rasa macam musim perayaan Aidilfitri pula bila baca surat khabar kisah mereka yang terkandas masa nak balik raya mereka).

Gara-gara salji pada tahun ini amat tebal dan turun sehingga berhari-hari juga menyebabkan banyak kenderaaan di jalan raya tersangkut, dan terpaksa ditinggalkan oleh pemandu mereka. Ramai rakyat UK yang marah-marah meluahkan perasaan mereka dengan tindakan PBT yang lembab. Kemarahan mereka ada asasnya, sebab ini bukanlah pertama kali salji turun di sini, dah beratus atau beribu tahun dah. Sepatutnya PBT dah lengkap dengan segala persiapan untuk menghadapi musim ini.

Namun, ada juga kegembiraan di sebalik kekalutan ini (selain Krismas itu sendiri). Salah satu darinya adalah jualan diskaun besar-besaran yang ditawarkan di semua pusat membeli-belah. Sama ada 'in-store' atau secara 'online'. Kegembiraan ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang menyambut Krismas, mereka yang tak menyambutnya juga turut gembira. Ramai yang senyum lebar.

Selain itu, dalam musim 'winter', walaupun salji yang lebat mendatangkan masalah kepada pengangkutan, namun, sekurang-kurangnya ada juga kegembiraan yang dapat dirasai bila dapat main salji (i.e. buat 'snowman', main 'snowball' dan juga 'sledge'). Cuma, satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa bermain atau berjalan di atas salji adalah tapak kaki.

Kalau semasa musim tiada salji, kita susah nak nampak atau tak nampak langsung tapak kaki anjing. Tapi bila dah ada salji ni, tapak kaki mereka jelas kelihatan. Tak boleh nak abaikan. Jadi, hati-hati ya semasa berjalan atau berlari.

2 comments:

Kuzak said...

Seronoknya main salji... Aku tak merasa pun...

rauhunt said...

Kuzak,

Tapi kau dah merasa mende yang lagi best dari salji