03 January 2010

Salah kah aku, kalau gembira di hari Krismas?

Masa berlalu begitu sekejap. Esok (atau menurut sesetengah orang, lusa) dah mula kerja secara rasminya. Lab akan kembali penuh. Dah rasa tak best dah. Alangkah best-nya kalau dapat buat kerja di lab yang sunyi macam 2 minggu lepas. Tiada gangguan dan tekanan. Tapi aku tahu, ini sekadar angan-angan. Pelajar lain pun bayar yuran juga untuk buat kerja di lab (walaupun yuran yang mereka bayar 3 kali lebih rendah daripada apa yang aku bayar).

Bermula semalam, St Andrews sudah kembali sibuk apabila pelajar (50% penduduk di sini adalah pelajar University of St Andrews) mula kembali daripada percutian. Aku pasti kebanyakan daripada mereka tentu gembira menyambut Krismas dan Tahun Baru bersama keluarga masing-masing.

Tapi walaupun tak kemana-mana, tidak bermakna aku bersedih. Betul, aku tak pernah peduli dengan Krismas dan Tahun Baru. Tapi kali ini, aku sangat gembira semasa kedua-dua hari tersebut, kerana ianya jatuh pada hari Jumaat. Suasana sekitar St Andrews sunyi sepi. Tenang, aman dan tenteram. Dah lama tak rasa begini semenjak berada di luar Malaysia Kelantan dan Terengganu.

3 comments:

IzanJay said...

o sana cuti ke hari ni?kat sini dah mula keja hari ni..kita je datang opis esok..sebab esok ptg jumpa dua2 bos..hehehe...bagus ada sesekali nikmat sunyi dan tenteram macam tuh...tenang..!!

mizuna said...

akhirnya rauhunt memuji terengganu yg aman damai ini..hahaha..

rauhunt said...

IzanJay,
bukan sesekali sebenarnya, selalu jugak sunyi kat sini ..nk buat camana, pekan kecik tak mcm cardif yg femes tu

Nazifah,
itu hanya t/jawab sbg staf UMT