22 February 2010

Mesti Ada Tanda Halal Ke?

Satu kesulitan bila berada di tempat yang tak ramai Muslim adalah susah nak jumpa makanan halal. Sebagai contoh, orang-orang Muslim di St Andrews ni kena naik bas (atau kereta sendiri kalau ada) ke Dundee untuk beli ayam atau daging halal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Susah tu memang lah susah. Tapi nak buat macam mana, ini lah dinamakan pengorbanan. Lagipun kesulitan begini membuatkan rasa rindu kepada Malaysia yang tercinta semakin membuak-buak (ayat patriotik ikhlas, bukan mengampu ni!). Cuma, kadang-kadang, terdetik juga di fikiran, alangkah senangnya kalau di St Andrews ni ada jual ayam atau daging halal. Setidak-tidaknya kalau ada jual sosej atau salami yang ada tanda halal pun jadi la (takde la sayur semata-mata dalam Nasi Goreng aku).

Ada juga sesetengah Muslim yang tak kisah. Mereka beli je daging dan sosej ni walaupun tak ada tanda halal (asalkan bukan daging H1N1). Bagi mereka ini dikira darurat sebab berada di tempat bukan majoriti Muslim. Darurat sangat la tu ..30 minit ke Dundee.

Tapi, sekarang aku pun sedang berkira-kira untuk beli sosej yang takde tanda halal tu. Itupun kalau cuaca sejuk semakin berlarutan atau semakin bertambah buruk di mana aku rasa keadaan tu boleh dikira darurat untuk berbuat demikian.

Perkara ni terlintas di fikiran aku selepas baca BERITA ni. Cuma tak pasti, ada ke tak di Tesco kat sini.

6 comments:

Kamil L said...

Rauhan, makanan kena jaga.. Aku kat sini pun nak beli daging halal kena drive 30minit gak utk beli daging halal. Kalo susah sangat takde yg halal, makan seafood lah kan.... Aku pun ada kawan2 kat sini, jenis tak kesah, yag penting baca "Bismillah", terus halal (itu pendapat mereka lah kan)... Rasanya, masih belum boleh diistihaykat daurat kalo masih ada kemudahan untuk mendapatkan yang halal..sesetengah org telah menyalahtafsirkan maksud daurat tersebut, tue yg jd lain tue... sama2lah kita berpesan2 kan (ikhwan, 1999) :)

Azam said...

Betul tu, jaga2 dgn makanan, jadi darah daging sampai ke anak cucu nanti. Anggapla darurat tu sbg 'kalo tak makan daging boleh menyebabkan mati'. Makan sayur@seafood@beras ok ape. Anemic jap je, pas winter naikla bas g cari daging balik, smntara tu beli supplemet iron banyak2. Lumrahlah duk obesea, kat nz pun jauh mcm tu juge (ikhwan jugaklah, 2003);)

rauhunt said...

Kamil L,
berpesanlah kepada kawan kau

Azam,
Adakah nasihat anda ditujukan kepada penulis? Kalau Ya, ternyata anda kurang memahami maksud entri ini.

Azam said...

Rauhunt,

Tak, itu komen general."Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH dan mengerjakan kebajikan dan berkata, sesungguhnya kami termasuk orang2 muslim (berserah diri)" Fussilat,33.

Ayat itu juga ditujukan kepada umum. Sekadar mengambil peluang berkongsi pendapat di blog anda yang sangat mendapat sambutan.

Terima kaseh atas izin laluan :)

Anonymous said...

tau aar nak beli iphone sosej tu..wakakaka

rauhunt said...

Azam,
ok lah ..alasan diterima walaupun ..

Noorhafizah,
terbukti anda betul2 memahami entri ni sebab sebut tentang iphone ..tahniah

p/s: daripada maklumat, ada beberapa pembaca yg bersangka buruk kepada penulis sebab tak baca habis entri ni dan juga tak klik link BERITA