10 May 2010

Kekuatan Jati Diri


Kesan daripada 'volcanic ash' dari Iceland baru-baru ini tidak semestinya sesuatu yang buruk kepada semua orang. Ada juga baiknya kejadian tersebut.

Sebagai contoh, kerana debu gunung berapi tersebut, pemergian aku ke London atas urusan rasmi/akademik telah bertukar menjadi urusan jalan-jalan makan angin. Biological Diversity Meeting telah dibatalkan pada saat-saat akhir, namun semasa mereka hantar emel makluman, aku telah pun memulakan perjalanan. Bak kata pepatah Scotland purba, "Terlajak perahu boleh undur, terlajak train tak boleh undur dah".

Ramai nya manusia yang 'tertipu'
Oleh kerana ada 2 hari 'free' di London, jadi aku ambil kesempatan untuk pusing-pusing di sini. Salah satu tempat yang aku pergi adalah istana Buckingham untuk tengok upacara 'Changing the Guard'. Kepada sesiapa yang bercadang untuk pergi ke sini, aku nasihatkan tak perlu lah. Sebabnya upacara ni bukanlah hebat sangat. Acara pertabalan Agong di Malaysia jauh lagi hebat. Ya, mungkin sebab acara pertabalan Agong adalah acara tahunan, manakala acara Guard Changing ni acara harian. Namun, sikap orang di sini yang selalu yakin untuk mempromosikan identiti negara mereka membuatkan ramai yang berkobar-kobar untuk menonton, walaupun sebuah acara yang sangat sederhana.


Acara yang biasa-biasa, tapi kalau kena dengan promosi boleh jadi 'grand'

Brass band sekolah mana ni? Sains Machang punya Band lagi bagus.




"Apa gunanya ada telefon kalau tak guna, kan?"
Setiap kali mesej baru masuk, pakcik ni terus 'delete'.
Namun, semasa berada di sini, aku telah sedar tentang satu perkara yang penting kepada kita semua; iaitu JATI DIRI. Dalam berhimpit-himpit, aku sempat memerhatikan gelagat seorang pakcik dari Sepanyol dengan telefon bimbit beliau, iaitu NOKIA 3310. Aku tabik dengan pakcik ni, di kala kebanyakan orang dah pakai telefon dengan skrin berwarna, dia masih lagi setia dengan NOKIA 3310. Dan, dia juga dengan penuh yakin guna telefon tu di tengah-tengah orang ramai. Pada 
waktu tu, dialah orang yang paling aktif guna telefon. Tiga-empat kali bermesej dan menelefon dalam masa seminit!






3 comments:

huda said...

Askum EN rauhunt,

lm tk dgr ceritera!!

comment 1: aku penah tgk dlm Majalah 3, mcm gempak la kan diorg report psl tukar2 pak guard ni..siap protocol segala..bile bc entry mu ni, aku mcm terpikir & menung seketika...."gah sgt ke???"


comment 2: 3310?those days...aku penah jgk gn model ni..jatuh tgga, berterabur..cantum smula..ON..ok je..hebatnyer model 3310..

Ghebeh said...

Assalamualaikum

Weh aku xbrp faham yg mung tulis ni dengan arahan mung pasal Prof Sakri smlm...call me deh

rauhunt said...

Huda,
W'kum salam.
@comment 1: nampak sangat majalah 3 pun tertipu
@comment 2: sbb hebat la smpai skarang aku ada lagi 3310

rebeh,
w'kum salam
nanti aku bg arahan ke dia