04 December 2007

Yahoo ..

Setelah 3 hari menanti akhirnya saya terima juga sampul Pos Ekspres yang dihantar dari British Council. Sepatutnya sampai 2 Disember, tapi posmen salah hantar ke UDM ..bukan UMT. Nasib baik la ada seorang staf UDM baik hati bagi sampul tersebut kepada sepupu beliau yang berkerja di INOS, UMT dan seterusnya diberi kepada saya.

Masa nak buka sampul ni bukan setakat jantung ..tapi hati, paru-paru, ginjal dan pundi kencing saya turut berdebar-debar, lebih kuat daripada semasa mengambil keputusan SPM (1997).

Sampul Pos Ekspress yang tertera perkataan 'Dijamin Sampai Esok' dibuka ...

Alhamdu Lillah.

Saya dapat Overall Band 6.5

Listening - 7.5
Reading - 6.5
Writing - 6.0
Speaking - 6.0

Keputusan ini dah melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan oleh JPA / KPT untuk sambung belajar di luar negara iaitu 6.0. Keputusan ini juga menepati syarat minimum kebanyakan universiti di UK dan Australia iaitu 6.5. Syukur, lepas ni boleh la 'concentrate' untuk permohonan cuti belajar dan biasiswa.

Ramai yang terlibat membantu saya dalam mencapai keputusan yang 'unsangkarable' ini.

Mr Anuar (pensyarahUDM) - kerana mengajar secara percuma pada tahun 2004
Rumi (tutor UMT) - kerana bagi pinjam buku modul dan audio files IELTS, dan juga bagi tip-tip
Dr Rebeh (pensyarah UMT) - kerana tolong ajar saya untuk 'writing' dan 'speaking' dengan
ujian olok-olok
Roy (tutor UPM) - keranan bagi tip-tip untuk 'score' dan bantuan kewangan ...he he
Jep (tutor UPM) - kerana bagi tip-tip untuk 'score'
kawan-kawan lain ..Julia, McRos, Along, Azam etc. etc. yang bagi sokongan kewangan moral

..banyak la pulak senarai, tapi nak buat macam mana, kena tulis juga nanti ada yang merungut cakap tak kenang budi kalau nama dia tak ditulis.

Yang akhir sekali (dan paling istimewa) tentulah kepada keluarga saya terutamanya kepada Mak kerana sokongan beliau melalui doa, dan juga adik saya Reza kerana bersusah-payah sepanjang 2 hari 1 malam saya di KL untuk IELTS.

Tapi... yang kurang gembiranya apabila resit bayaran yuran IELTS saya hilang! Macam mana nak 'claim' balik dengan UMT. RM 510.00 tuuu! Harap-harap la resit tu dijumpai ataupun boleh claim tanpa menggunakan resit. Kalau tak naya la. Saya tak bersedia lagi menjadi dermawan.
p/s: Roy, tolongla doakan aku berjaya 'claim' yuran tu ....

8 comments:

Zuliatini Md. Joni said...

Congrats!!!!
p/s: nasib baik letak nama aku, Julia tuh Zulia laaa kan?

rauhunt said...

Trima kasih.
Ya la Julia & Zulia tu org yg sama.

Nanti aku g KL pulak (bukan for IELTS dah) utk urusan lain di pej. KPT

khairul said...

Cheeehhhhhh

tu je mention nama aku??macam banyak la tolong kan??

Sungguh tak mengenang budi !!!!

Dr K

rauhunt said...

Jebon ..

Itu satu penghormatan yg tinggi dah tu. Siap ada title lagi nama mu.

Anonymous said...

tahniah mat!! moga mung jaya dalam hidup mung

rauhunt said...

Khai...ok, trima ksih sbb melawat blog yg hampeh mcm papan asbestos ni

leLabu said...

mung ni tak puah belajar lagi ko?
haha..sekadar ayat jeles..berehi ngaji sunggoh mu ni..

mu tak terpikir nak buat anok dulu ko?

rauhunt said...

Terfikir juga nok buat anok dulu. Tapi medium perantara nok buat anok pon takdok lagi.

Nok wak guano Li ..hari tu ingat ko buleh Pensyarah ..buleh la jadi Tok Laki ore dulu ..tp jadi Felo ni keno further study a.s.a.p