18 December 2007

Mimpi Basah??

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Entry ni bukan pasal mimpi basah. Ia betul-betul basah! Basah sebab banjir atau bah.

Kampung saya di Rantau Panjang dilanda banjir. Hampir keseluruhan kawasan di Rantau Panjang banjir, termasukla di pekan yang popular dengan barang-barang murah dari Golok. Banjir tahun ni adalah yang terbesar sejak tahun 1967, lebih besar daripada tahun 1988 dan 2 tahun lepas.

Saya mendapat maklumat daripada Mak saya, air dalam rumah kami (yang ground level) paras dada. Nasib baik rumah 2 tingkat, boleh lagi pindah duduk tingkat atas. Jiran-jiran yang duduk kawasan belakang rumah semuanya berpindah. Kalau tahun dulu-dulu, mereka tak pernah pun pindah, tapi tahun ni terpaksa juga sebab air dalam sangat.

Sedih juga sebab tak boleh balik time macam ni. Kalau boleh cuti dapat juga saya tolong apa yang patut. Lagipun tak ramai yang ada kat rumah.

Hmm, nak buat macam mana. Ini semua dugaan daripada Allah S.W.T. yang semestinya mempunyai hikmah disebalik kejadian banjir ini.

Nampaknya cuti Raya Haji ni akan dipenuhi dengan aktiviti membersih lembu kawasan rumah :)

4 comments:

Zuliatini Md. Joni said...

Ingat lg.... mmg kau suka main air. Bila banjir jer sure call aku utk dgr bunyi air menderu dlm rumah kasi aku jeles. Kesian thn ni kau tk dpt main air.

Anonymous said...

eh encik rauhan x balik beraya???

Anonymous said...

Ku angkakan cerita porno, tapi rupanya bukan. Cis!

rauhunt said...

Gojo: Kau mmg otak porno.

Nimos: Takkan tak balik Raya, bukannya duk Kutub Utara

Julia: Mmg kesian, tak dpt main air tp tetap kena 'nyippe rumoh'