06 December 2007

Tengku Juh sudah datang

Tahun ni saya rasa musim tengku juh agak lewat sedikit berbanding pada tahun-tahun lepas. Jika dulu dalam bulan November dah banjir atau pun pra-banjir di beberapa tempat (untuk 'first round' sebab banjir akan berlaku sekali lagi pada pertengahan Disember atau awal Januari) . Tapi Alhamdu Lillah pada tahun ini tidak banjir lagi. Harap-harap nya lah tak jadi banjir pada tahun ni atau awal tahun depan.

Kalau masa budak-budak dulu mesti 'excited' masa nak banjir.

Saya masih ingat lagi pada tahun 1995 atau 1996. Masa tu kami sekeluarga masih tinggal di rumah teres Tmn Rantau Mas (belakang Pantai Timur Rantau Panjang). Suatu malam, air Sungai Golok (1 batu dari rumah kami) dah melimpah-limpah. Air parit dan longkang di depan rumah kami pun dah melimpah sedikit demi sedikit. Tapi tak banjir lagi masa tu. 'Progress' dia lambat sikit. Mulanya kami adik-beradik tunggu juga, tapi disebabkan masa tu dah pukul 2 pagi, mak suruh tidur. Lagipun semua barang dan kelengkapan rumah telah disimpan di tempat tinggi. Kami pun tidur la (tapi tak nyenyak), dengan harapan esok bila turun tangga akan merasai kesejukan air banjir hingga paras paha. Tapi bila bangun keesokannya, kecewa sangat sebab air longkang yang semalam tu limpah dah turun parasnya. Perasaan masa tu macam-macam, sedih ada, menyesal pun ada sebab dah alih semua barang ke tempat selamat, lepas tu kena alih lagi ..huhu.

Tapi sekarang ni dah tak sanggup menghadapi banjir. Bukan apa, siksa juga la walaupun paras air setakat lutut je. Paling susuh bila masa hendak menjalani proses penyahtinjaan (sama ada secara berkala atau secara tiba-tiba).

Hari ni saya rasa musim tengku juh yang sebenar telah tiba. Pagi tadi lebih kurang jam 7.40 pagi, masa lalu atas Jambatan Sultan Mahmud, saya dapat merasai kuatnya tiupan angin. Ya, bagi saya, penanda aras musim tengku juh adalah bila adanya angin yang kuat macam pagi tadi. Saya terpaksa melakukan lagak ngeri (gaya separa Superman) atas motor bagi mengurangkan impak tiupan angin ke atas motor dan tubuh saya yang 'berat gila' (54kg tuu!). Kalau tak buat lagak ngeri (ingat ke Mat Rempit je yang tahu buat 'skill'?) tersebut, rasa seperti nak melayang dan kadang-kadang hampir terbabas.

Terfikir juga, kalau la Monsoon Cup berlangsung pada hari ni mesti lebih mencabar dan menarik untuk ditonton ...kan. Seingat saya, dari tahun pertama hingga tahun ni, Monsoon Cup dilangsungkan dalam suasana angin yang tenang ...dan selepas sahaja Monsoon Cup, maka bermula lah musim tengku juh yang sebenarnya. Kalau tak silap saya tahun lepas penganjur terpaksa menangguhkan acara separuh akhir sebab angin terlalu perlahan sehinggakan perahu layar menjadi 'malu-malu kucing' untuk belayar. Hmm, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukannya.



Kenapa ni? Penat setelah menolak perahu layar ke??



Mungkin lepas ni boleh anjurkan pertandingan lain yang tak memerlukan angin kencang. Sebab angin kencang ni susah untuk diramal bila akan berlaku. Err ..silap. Nak ramal tu senang (budak tadika pun boleh buat ramalan), tapi jadi ke tak tu kita tak tahu.

Antara pertandingan yang saya rasa menarik adalah seperti:

1. Karom (ke Karem atau Karim atau Karim Pin atau Karim Puff Girl???)
2. Dam Haji atau Dam Ular
3. Mahjong (bukan Maajun Kuat Salasa) ..untuk orang Cina je.
4. Main tudung botol
5. Batu Seremban
6. Batu Gajah

Menarik bukan? Tidak memerlukan angin kencang. Cuma angin yang sepoi-sepoi bahasa melayu yang diperlukan untuk menghasilkan persaingan sengit di kalangan peserta.

SELAMAT MENCUBA!

No comments: