13 January 2008

Ghairah menanti

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..


Sekarang ni kebanyakan (hampir semua kot) pegawai kerajaan sedang menunggu tarikh 24 Januari 2008 dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Saya pun termasuk dalam golongan yang ghairah (AMARAN: Jangan fikir porno!) menunggu 24 Januari nanti. Tarikh tersebut bukannya tarikh Perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu atau tarikh Pembukaan TESCO Kota Bharu (saya tak sempat pergi masa balik kampung minggu lepas).

24 Januari 2008 adalah tarikh kemasukan gaji pegawai kerajaan. Tak tahu lah sama ada semua pegawai kerajaan, tapi sekurang-kurangnya staf2 di UMT (PERHATIAN: UMT adalah Universiti Malaysia Terengganu ...bahagian Komunikasi Korporat UMT patut berterima kasih atas promosi tidak berbayar ini). Semua ghairah sekarang ni tunggu 24 Januari 2008! Banyak barang nak beli. Mesti penuh TESCO Kota Bharu dan Mydin (Hah! Mydin??) Kuala Terengganu ..kan.

Tapi berapa orang yang sanggup buat macam Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, Melayu / Bumiputera terkaya di Malaysia?

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Semasa diajukan soalan daripada wartawan rahsia bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan seperti hari ini, Tan Sri Syed Mokhtar memberitahu tentang pesanan ibu beliau yang sentiasa mengingatkan beliau agar jangan melupakan orang yang susah.

Pendapatan pertama Tan Sri adalah RM 1500 pada tahun 1975 (kalau tak silap saya), tetapi betapa mulianya hati beliau apabila menyedekahkan separuh daripada gaji tersebut (RM750.00) kepada 15 keluarga miskin. Dan, sifat dermawan beliau masih diteruskan sehingga kini.

Ermm ....sanggupkah kita mengikut sifat dermawan yang dilakukan oleh Tan Sri Syed Mokhtar?

Kalau gaji RM2000 ...kita kena sedekahkan sebanyak RM1000 kepada keluarga lain! Tu belum lagi ditolak yang hendak diberikan kepada keluarga sendiri. Sanggupkah kita??

1 comment:

Anonymous said...

Esok gaji masuk, peluang untuk ko sedekah tu ..jangan lupa.