06 January 2008

"Hikayat seorang Profesor"

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Minggu lepas. Saya masuk ke bilik Dr Sakri, nak minta tandatangan. Masa nak keluar, dia suruh tunggu sekejap.

"Rauhan, sayo ado bendo nok royak ko awok ni. Awok ni anok murid sayo ...(sambil bagi sehelai kertas kepada saya) ..sayo royak ko awok mulo2 ni,"

Sebelum baca kertas tersebut, gabra jugak sebab ingatkan Dr Sakri nak komen pasal perfomance kerja.

Tapi bila baca, baru tahu. Dr Sakri telah dilantik sebagi Prof, bukan lagi Prof Madya. Hmm patut lah dia tersengih semacam je masa bagi kertas tu kat saya.

Tahniah Dr (opss silap). Tahniah Prof.

Saya tumpang gembira sebab ex-supervisor masa master dulu dah jadi Prof dah sekarang ni. Tapi sehingga hari ini, masih kekok nak panggil dia Prof, sebab dah terbiasa panggil Dr. Mungkin dalam seminggu dua lagi baru lidah saya yang tidak bertulang ini akan dapat panggil Prof.

Sedikit infor pasal mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar....

Mesyuarat JKLB akan diadakan pada Rabu ni (9 Jan) jam 8.30 pagi. Harap-harap permohonan saya ke Univ of St Andrews diluluskan. Boleh la terus fokus kepada research yang akan dibuat nanti. Malas dah nak cari tempat lain, sebab nak kena ubah proposal la, isi borang semula la dan macam-macam lagi.

No comments: