09 January 2008

Minah Indon marah-marah daaa..

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Baru je semalam saya bercerita pasal Minah Indon kata lelaki Malaysia penyayang, hari ni saya terbaca dalam Utusan Malaysia, pasal saranan agar rakyat Malaysia berhenti menggunakan istilah Indon. Menurut kata orang Indon, istilah ini walaupun tidak salah, tetapi seolah-olah menghina mereka. Jadi kita hendaklah panggil mereka sebaga Indonesia.

Hmm. Pelik juga. Apa yang hina nya? Setahu saya, orang Melayu Thai memanggil kita orang Malaysia sebagai Malay. Tak pula rasa terhina. Tapi nak buat macam mana, sebagai menghormati jiran tetangga, kita ikut je lah. Lagipun kita ni serumpun.

p/s: Lama tak dengar cerita pasal Kak Nelly dan Desty. Macam mana ya kalian?

...............................................................................................................

Berita gembira.

Cuti belajar saya (ke UK) telah diluluskan oleh pihak UMT. Alhamdu Lillah.

Sekarang kena tunggu mesyuarat peringkat KPT untuk kelulusan biasiswa. Harap-harap jangan la ada masalah. Insya Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Oh bagus2..
UK univ mano?

rauhunt said...

School of Biology, Univ of St. Andrews Scotland. Tapi rusing jugok loni sbb ado dngar crito staf sini tok lulus kpt w/pun JKLB lulus doh.