31 January 2008

Taukeh Batik juga yang untung!

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Hari ni pertama sekali saya pakai Baju Batik waktu kerja. Sepatutnya minggu lepas kena pakai, tapi masa tu tak sempat beli lagi.

Nampaknya hari ni semakin ramai yang memakai batik. Muka masing-masing ceria. Mungkin batik yang dipakai masih baru dan berbau bundle kedai. Tapi yang paling ceria semestinya tokey batik!


Perhatian: 3 model di atas (barisan belakang) bukan merupakan staf UMT. Model (barisan depan) pun bukan staff UMT.


Jadi tugas utama kebanyakan staf UMT hari ni adalah:

1. Pergi ke Kafe dalam kampus 3 kali (sarapan, minum pagi dan makan tengah hari).
2. Jalan kaki (tidak menggunakan kereta atu motor atau beca) untuk ke fakulti dan pejabat lain.
3. Keluar dari bilik setiap 15 minit dengan berpura-pura untuk ke tandas atau menyedut udara segar.
4. Melawat ke bilik rakan sekerja, atau pura-pura untuk berbincang dengan rakan sekerja.
5. Pergi ke library atau di mana-mana yang ramai pelajar.

Semua aktiviti di atas dilakukan untuk memperagakan batik masing-masing dan juga membuat perbandingan, siapa punya lebih lawa dan menyerlah.

Walaupun bertemakan batik, tapi jangan la pakai macam ni masa kerja.

1 comment:

Anonymous said...

Tempat kawe kijo ado jugok hok pakai batik mcm gambar last tu.