15 July 2008

3 in 1

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

BBQ KMD @ Tentsmuir Beach

Agak lama juga saya tidak menyertai sebarang aktiviti anjuran Komuniti Melayu Dundee nih. Ini hanyalah kali ke-3 saya berkumpul dengan rakan-rakan Melayu dari Dundee. Walaupun tak semua hadir, tapi seronok juga. Boleh juga bermesra alam (bukan teman tapi mesra ya) dengan semua yang hadir. Majlis ini diadakan pada Ahad lepas 13 July bermula dari jam 10 pagi sampai hampir 4 petang.

Saya dan Aini juga join majlis ni walaupun tidak bermastautin di Dundee. Ya lah, hanya ada 4 orang sahaja Melayu di St Andrews. Mana boleh nak buat persatuan macam kat Dundee ni. Kalau buat juga, mestilah saya sebagai Pengerusi, dan dalam masa yang sama memegang jawatan AJK Jamuan dan Cenderamata dan AJK Tempat dan Teknikal ..haha gila kuasa.


Ok. Berbalik kepada perkara pokok tadi. Err ..apa perkara tu ? Ah ..rujuk gambar lah . Lagi senang ..kan?

Kepantasan mengipas saya kurang daripada 0.25 saat1, sehinggakan tidak berjaya di'tangkap' dengan baik oleh kamera.



Antara junior2 warga KMD. Mereka ni nampak je gitu. Taapi cakap omputeh cair. Tanpa mengeluarkan bau budu, keropok lekor atau tempoyak mahupun cincalok.

Puas hati. Gembira dan kenyang. Sehinggakan masa dalam bas balik ke St Andrews, saya sempat lagi tertidur sebab kekenyangan. Sedar-sedar dah sampai stesen bas. Nasib baik la ada basikal. Tak la penat sangat untuk ke balik ke rumah dari stesen bas tu.

Gambar-gambar BBQ KMD diambil (atau di 'pow') dari laman Kak Khamsah & Dr Khai & Dr Inda:


Unihoc

Warga Gatty dan Bute) main sukan ni setiap Isnin di Cosmos Centre. Sama ada jam 6 ptg atau 7 malam. Permainan ni lebih kurang macam hoki, cuma ianya tak ada peraturan sangat. Boleh pegang bola, boleh tanduk dan tidak batal walaupan kena kaki.





Posing dulu ..lepas tu kami masuk ke gelanggang dan membelasah pihak lawan tanpa rasa bersalah.


Nam Prik Pow

Setelah hampir 3 bulan berada di sini. Barulah saya berpeluang untuk masak antara masakan yang saya selalu masak semasa kat Terengganu. Nam Prik Pow. Kali ni guna ikan Salmon Ikan ni diperolehi daripada makmal. Lebihan daripada spesimen kajian rasanya. Tapi yang pasti ianya bukan daripada kajian penyakit ikan atau parasitologi ikan.

Kalau sebelum ni saya biasa guna Talapia atau Siakap. Tapi Salmon pun sedap juga (mungkin sebab percuma kot). Cuma ada bahan penting iaitu daun limau purut tidak dimasukkan dalam Nam Prik Pow ini.

(Gambar dan resipi tidak didedahkan kepada pihak umum kerana khuatir akan di'pow' untuk kepentingan sendiri.



Perhatian: Tajuk entri 3 in 1 tidak ada kena-mengena dengan Nescafe 3 in 1. Ianya begitu kerana saya menghantar 3 cerita untuk 1 entri; untuk menjimat masa ,jimat ruang dan jimat minyak (apa-ntah kaitannya).

Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng)

1) 0.25 saat merupakan masa yang diambil oleh Ritsu untuk bertukar!! dan memakai Baju Angkasa Gaban

6 comments:

Anonymous said...

rauhunt...
skil masak memasak dh hebat erk???nti boleh masak ikan kerapu n siakap masak 5 rase la kan???ala-ala thai...

Fazira Albaijure said...

uis, nama menu mcm best je.. kena byr pengkeras ke kalau nk bljr masak ni, hehe..

p/s: gaban bukan ke amik masa 0.05 saat je? huhu..

rauhunt said...

Huda,

Skill masak aku utk masakan Thai mmg dah lama hebat haha. Stakat siakap 3 atau 5 rasa tu senang je :D

rauhunt said...

Sarah,

Menu mmg best ..lebih2 lagi bila dapat ikan free.
(kawan bg tahu kalau beli kat pasar ikan dengan saiz tu mahu sampai 10 pound!)

p/s: setelah googling, baru saya perasan mmg gaban amik masa 0.05 saat. maaf atas kesilapan data. nasib baik bukan dalam viva.

JALAN REBUNG said...

salam rauhunt...

best tul tengok gambo piknik tu ...satu lagi susah tak main game tu ...ada macam main hoki tak ???

rauhunt said...

Jalan rebung,

Sedap juga ..lagipun ini lah peluang untuk makan pelbagai jenis lauk selepas hari2 makan 1 jenis lauk je.

Game tu tak la susah sangat, lebih kurang macam main hoki padang je. Cuma yang jadi susah bila pemain perempuang yang dapat bola. 'susah la skit nak rampas bola tu' ..hehe