06 July 2008

Percutian percuma

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Bukan percutian sebenarnya. Sebaliknya saya ke Lowestoft, Suffolk, England untuk perjumpaan kali pertama dengan Penyelia ke-2, Dr Keith Cooper. Benar, semuanya adalah percuma kerana ianya ditanggung oleh St Andrews. Adil la kan, sebab pelajar antarabangsa di UK kena bayar yuran lebih 3 kali ganda pelajar tempatan. Perjumpaan diadakan di pejabat Keith di Centre for Environment, Fisheries and Aquaqulture Science (CEFAS).

Saya ke sana dengan Penyelia pertama, Prof David Paterson (Head, School of Biology, St Andrews University). Seawal jam 6 pagi lagi kami bertolak dari Gatty ke Edinburgh Airport. Walaupun penerbangan jam 9 pagi, Dave kata kena bertolak awal sebab tak nak tersangkut kat Forth Bridge.

Masa kat tempat letak kereta di lapangan tersebut, saya terpandang seorang budak lelaki (yang rasanya sebaya) kerja kat situ. Mukanya macam Melayu, dia pandang saya, saya pun pandang dia juga. Tapi tak berani nak tegur. Takut jadi macam kebanyakan orang Filipina (rujuk nota kaki bangku).

dipendekkan cerita (agar tidak mengganggu ketenteraman awam)..


Keith kata, makmal Cefas di Lowestoft merupakan bangunan hotel lama. Memang betul, tengoklah..Bahagian dalamnya pun masih banyak macam hotel, termasuklah tandas.




Lowestoft ni tak banyak beza sangat dengan St Andrews. Cuma lebih besar sikit pekannya, dan ada McD dan KFC, hehe ..bukan boleh makan pun.



Gambar sekitar Cefas sahaja. Gambar McD dan KFC saya tak letak kerana yakin semua tahu macam mana rupa McD dan KFC tu.

Alhamdu lillah. Selepas perjumpaan dengan Keith dan Chris (salah seorang ahli kumpulan projek ni), saya lebih jelas apa yang nak buat. Lepas ni kena datang semula ke Lowestoft selama 1 bulan untuk latihan 'identification of macrofauna' dan 'data analysis using functional metrics' dengan bantuan Keith dan Chris. Tak tahu lagi bila, tapi Dave cadangkan akhir bulan 8, iaitu selepas saya balik dari bercuti di Berlin. Hmm nampaknya berpuasa di sini lah saya.

Bersama Chris, Keith dan Dave

Perbincangan berlangsung sekejap je sebenarnya. Lepas tu kami balik ke hotel penginapan di Norwich. Lepas tu keluar pusing-pusing sekitar bandar Norwich dan makan malam di Restoran Thai. Oleh kerana tahu saya dari Rantau Panjang, mereka semua suruh saya pilih makanan. Nasib baik yang saya pilih tu mereka kata sedap, termasuklah Tom Yam sayur saya (sayur je ..huhu).

Saya dan Dave balik semula ke St Andrews, keesokan harinya. Sekali lagi, pagi-pagi lagi (jam 5.30) kena keluar, sebab Flybe hanya ada penerbangan jam 7pg dan 7mlm sahaja.

Nota kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng):

Dah 2 kali saya ditegur oleh orang Filipina. Tanpa mukaddimah, mereka dengan selamba badak memulakan perbualan dalam bahasa Filipina. Mereka ingat saya ni orang Filipina. Tapi bila diberitahu saya dari Malaysia, barulah mereka tersipu-sipu malu macam tenggiling dan beredar.


6 comments:

Cikgu Mat said...

Insyaallah akan saya maklumkan kpd Cikgu Man. Dia skrg PK 1 di sini. Sbg penghargaan saya linkkan blog u atas kapasiti Anak-Anak RP untuk dikongsi oleh bloggers.

rauhunt said...

Cikgu Mat,

Terima kasih kerana sudi jenguk sini. Dan terima kasih juga sebab buat link tu ..hehe segan pulak rasanya

Anonymous said...

hang sebut mengenai filipina, aku dulu pun ada org filipina tegur, dia ingat aku org filipina..hehe...kuat betul semangat kenegaraan diaorg tue..haha

rauhunt said...

Udang Galah,

Tu la ..aku pun pelik. Tapi aku tunggu jugak kot-kot orang Arab tegur aku ngan cakap Arab, boleh la aku praktis apa yg aku blajar masa skolah dulu

oon said...

aku pulak selalu kena tgur org thai n ada jugak org nepal.. haruskah.. esok2 maner tau org mongolia.. sepupu altantuya kahh hahahaha

rauhunt said...

Shahrul,

Takpe ..asalkan tak ditegur orang Uganda