27 July 2008

Barcelona menyerang St Andrews

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Rasanya dah beberapa kali pasukan bolasepak dari EPL datang ke Malaysia. Manchester United, Arsenal dan yang terbaru Chelsea. Semuanya datang ke KL. Dan saya tak pernah pun pergi untuk menyaksikan mereka berlatih atau bermain. Sebabnya malas nak ke KL semata-mata kerana nak tengok mereka. Jauh wo ..dari Terengganu ke KL.

Tapi minggu lepas, salah sebuah pasukan ternama dari La Liga iaitu Barcelona datang ke St Andrews untuk latihan dan juga pertemuan dengan Hibernian (di Murrayfield, Edinburgh) dan Dundee United (di Dundee). Tahun ini merupakan tahun ke-2 Barca datang ke St Andrews.

Oleh kerana sangat dekat dari rumah, saya pun apa lagi. Mestilah pergi tengok bintang-bintang antarabangsa ni dari dekat. Cuma terkilan sebab Deco tak datang, sebaliknya dia pergi ke Malaysia bersama Chelsea.

Untuk 2 hari pertama, saya pergi melihat mereka berlatih di St Andrews Sports Centre. Teruja juga walaupun dapat melihat dari jauh. Macam tak percaya sebab dapat melihat kemahiran mereka secara 'live and unplugged'.

Suasana di tempat mereka berlatih tidaklah meriah sangat sebab penduduk di St Andrews ni tak ramai. Yang ada pun kebanyakannya tak minat bola sangat. Mereka lebih minat ragbi. Jadi untung juga lah bagi saya sebab tak perlu bersesak-sesak dengan ramai orang untuk menonton sesi latihan Barca di bawah kendalian pengurus baru mereka, Josep 'Pep' Guardiola.



* Sila klik pada gambar untuk 'view' yang lebih besar.

Walaupun nampaknya mereka bermain dan berlatih dengan tidak sepenuh hati. Tapi puas hati juga sebab dapat melihat kemahiran tinggi yang ditunjukkan, terutamanya dari Messi. Bila dia menggelecek seolah-olah bola melekat di kakinya. Pemain-pemain lain pun tidak kurang hebatnya (kalau tak hebat tak boleh la main dengan Barca). Pantas dan tepat setiap hantaran yang mereka lakukan.

Saya terasa seperti berada di Sepanyol semasa menyaksikan Barca berlatih. Ini kerana di kiri dan kanan saya dipenuhi dengan pelajar sekolah dari Sepanyol yang datang ke St Andrews untuk program 'summer school'.



Menyaksikan Barca berlatih sambil dengan berlatarkan babak dalam Telenovela


Walaupun sekejap (1 jam setengah) je mereka berlatih, tapi puas hati la jugak. Lagipun saya tak perlu bersusah-payah nak ke padang latihan. Dah memang laluan ke rumah saya.




Pada malam ke-2 mereka di St Andrews, saya (dengan semangat juang yang tinggi) telah ke bandar (5 minit je dengan basikal yang dikayuh secara santai) untuk menengok-nengok kalau ada pemain Barca kat situ. Dan, saya rasa nasib saya memang baik...... jeng jeng jeng

Berhampiran dengan sebua pub saya dapat lihat 5 orang pemuda memakai 'track-suit' rasmi Barcelona. Saya menjadi 'excited' dan terus menuju ke pub tersebut. Mereka berjalan masuk ke dalam pub. Kebetulan ada kat depan pintu pub tu, seorang minah Scottish yang boleh tahan seksi excited nak jumpa dengan kumpulan pemuda tersebut. Dia kata tak kenal pun siapa mereka, tapi asalkan ada kaitan dengan Barca dia memang nak jumpa. Mula-mula dia yang masuk ke dalam pub tu untuk bergambar. Lepas tu dia suruh saya pula. Bila saya masuk dalam pub barulah tahu, mereka tu bukan pemain, tapi hanyalah 'coaching staff' je. Takpe lah. Jurulatih pun jadilah, asalkan dapat bergambar dengan pasukan Barcelona.



Mereka kata tahun ni semua pemain tak dibenarkan untuk ke bandar. Kalau tahun lepas Frank Richkard benarkan, tapi Pep Guardiola lebih tegas (woh nako sungguh mu Pep!!).

Jadi mereka cadangkan saya ke Old Course Hotel kalau nak lihat pemain Barca dengan lebih dekat.

Saya berterima kasih kepada mereka sebab memberikan maklumat tersebut. Ya, esok saya akan ke Old Course Hotel untuk tengok macam mana Messi dari dekat. Tinggi ke rendah dia tu...

9 comments:

JALAN REBUNG said...

salam rauhunt...

best la tengok gambar ngan Barca coaching staff. Sorila sebab Deco dah join chelsea dan dah ada pun kat malaysia ni ..

Jangan lupa gambo Messi ...rasanye tak tinggi sangat budak tu ...

RIZAL

rauhunt said...

Jalan rebung,

Tu la ..hampeh betul Deco lari ke Chelsea. Mujur ada Xavi, Iniesta dan Messi (dan jugok Bojan).

Gambar Messi ada ..saja tak upload lagi ..video Eto'o duk speaking Africa ngan org kampung dia pun ada

Anonymous said...

rauhunt,

mu minat ke football??aku ingat mu ni kaki bangku/kerusi.hehehhe..wah!!!dah maju setapak ye mung le nie..takdenye myteam ke..pasukan FC ke..pasukan barcelona tueeeee...tp apepun..SILAT GAYUNG ttp di hati kan???

rauhunt said...

Memang la kaki bangku (tapi bukan kaki skodeng), tu yg maju stapak tu ..kalau bukan kaki bangku dah maju 2-3 tapak.

Aku bukan Silat Gayung tapi Silat Cekak (kan dah ada kat link tepi tu). Jangan salah sebut. Ke ni saja2 untuk provokasi?

Zuliatini Md. Joni said...

Muahaaaa... sronok ler kena peluk ngan diorg. Berbaik beb.. Jangan sangkut!!

RinG said...

paham perasaan tuh.. sy g kat stadium shah alam ntok chelsea aituh.. asl2 g xda tiket, tp, dh smpai situ tgk suasana memey best, igt nk bli tiket la.. tp xda duit daa..

rauhunt said...

zulia,

tak perasan pulak ada tangan kat bahu aku ..asyik duk tengok gelagat awek scottish yg tolong ambik gambar

rauhunt said...

Ring,

kawe tok tengok d stadium sbb tahu doh tokleh tengok dari dekat dan tokleh mitok t/tangan ..tu pasal la kawe hanya tengok set dio training ..hehe ..nanti gambar akan menyusul kemudian

JALAN REBUNG said...

salam rauhunt ,

game chelsea tu saya gi tengok ...punyala ramai penyokong chelsea ...kesian pulak tengok bebudak malaysia ...macam lawan away pulak ..tapi DECO tu ..memang mantap la ..badan je kecik tapi passing ...mantap. tima kasih ye barca ..HEHEHHE