01 July 2008

Cuti-cuti di England (part 2)

Mari pakat join Facebook. Lupakan Friendster, Myspace bla bla ..

Aktiviti hari ke-2 (hari pertama tentulah ke konvo Rebeh yang tak 'grand' langsung, sehingga saya boleh tertidur), kami ke Newcastle. Dekat juga dari Durham, lebih kurang 15 minit dengan 'train' dan 30 minit dengan kereta. Kalau nak tahu, Newcastle dan Dundee mempunyai satu persamaan. Bandar ni adalah tempat mendapatkan bekalan ayam dan daging halal, masing masing bagi orang Durham dan St Andrews. Tapi bandar Newcastle secara relatifnya lebih besar dan lebih menarik daripada Dundee.

Dataran di pusat bandar Newcastle

Kami tak jalan banyak sangat sebab sampai pun dah lewat, dekat pukul 12 tengah hari. Jadi aktiviti lebih tertumpu ke pusat membeli-belah untuk mencari pakaian murah2 (tak mampu nak beli yang mahal).

Inilah Si Tenggang versi British, Tanggo nama dia. (sila rujuk mana-mana buku sejarah Inggeris, mesti ada nya cerita pasal mamat ni)

Sempat juga saya paksa Rebeh ke stadium rasmi Newcastle United, St James' Park. Hehe, terpaksa la berlakon sebagai peminat kelab ni untuk sementara waktu. Tak rasa 'excited' langsung pun sebenarnya. Tapi takpe, satu hari nanti saya akan pergi juga ke Old Trafford.


Menjadi penyokong Newcastle United untuk 15 minit


Makan tengah hari? Kami ke restoran Jepun. Makan mi rebus. Tak la sedap sangat, mungkin mi rebus tersebut dah dimodikasi untuk sesuaikan dengan selera orang Britain.



Nyum nyum ..sedapnyerrrr. Errr makan kat rumah Amir lagi sedap sebenarnya



Selepas sekali lagi cari pakaian murah2, kami ke Nando's halal. Beli ayam untuk makan malam bersama Amir dan famili. (Ye la, tak kan la nak makan kat rumah dia je kan). Haha ..sebenarnya saya tak pernah pun makan ayam Nandos kat Malaysia, datang sini baru boleh makan. Nak buat macam mana, menda ni tak ada kat Terengganu.

Sampai kat rumah, kami mentekedarah ayam Nandos sambil pandang-pandang dan jeling-jeling kat TV sebab masa tu tengah berlangsung perlawanan separuh akhir Euro 2008 antara Sepanyol dan Rusia. Hmm, walaupun saya agak gembira sebab Sepanyol menang, tapi kecewa juga la sebab perlawanan tidak sengit langsung. Andry Arshavin pun 'tenggelam terus' ..hampeh.

1 comment:

Anonymous said...

Holland Park di London juga mempunyai Tanggo yang serupa!!!