31 August 2008

Salam Ramadhan

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 kepada Malaysia dan semua rakyat Malaysia (he he patriotik sikit). Sempat juga awal pagi tadi tengok perbarisan Hari Kebangsaan.

Tajuk pasal Ramadhan kan..

Ini lah kali pertama saya (akan) menyambut Ramadhan di negara orang (Thailand tak kira ya). Persiapan? Tak ada sebarang persiapan pun. Cuma buat masa sekarang saya tengah berkira-kira sambil membuat menu secara kasar apa yang akan dimakan untuk berbuka dan bersahur. Ianya penting memandangkan saya cuma ada 6 (waktu berbuka) dan 8 (waktu bersahur) di Lowestoft. Stok makanan ada lagi. Jadi kena rancang betul-betul agar tak perlulah saya bawa balik semula makanan dari sini ke St Andrews. Kalau boleh nak bawa beg dengan berat yang paling minima. Ya lah, dengan rucksack, big luggage dan basikal ..sudah pasti penat nak bawa. Walaupun naik train, tapi kena tukar train 3 kali sebelum sampai ke St Andrews.

Berada kat southeastern UK ni waktu berbuka awal la sikit kalau nak bandingkan dengan Scotland (rujuk jadual di bawah). Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, kat sini lebih lewat pada awal Ramadhan, tapi menuju ke penghujung Ramadhan waktu berbuka lebih awal (secara relatif masa sahaja kerana tempoh berpuasa tetap lama memandangkan waktu Subuh sangat awal) di sini.




Sebenarnya terasa seperti cepatnya masa berlalu sebab rasa masih baru lagi saya menyambut Ramadhan tahun lepas. Masih terngiang-ngiang lagi suasana bazar Ramadhan, berbuka puasa bersama ....err tak pasal-pasal pula duk layan perasaan. Dah dah ...nanti tak boleh buat kerja pula.

Apa-apa pun, saya mengucapkan..

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini.

8 comments:

Anonymous said...

rauhunt,

selamat berpuasa d rantau orang, bukan d rantau panjang lg..

Anonymous said...

selamat berpuasa deh..eheeh..
takpolah poso dimano-mano..janji poso...:)
kalau datang bulan or bintang..takleh nak buat apalah kan. ehehe

RinG said...

selamat puasa.. mesti best dpt suasana pose baru nih..

ps/ anta la gamba kat surat kaba.. gamba salam perantuan.. haha

rauhunt said...

huda,

lawak yg menjadi

rauhunt said...

Arejae,

stakat ni kawe tok datang bulan lagi

rauhunt said...

Ring,

Best ke? Tok rasa suasana langsung setakat ni ..minggu depan mungkin kot bila jumpa malaysians lain.

p/s: kawe pemalu utk antar gambar

JALAN REBUNG said...

salam rauhunt,

best la posa tempat sejuk ...teringat posa kat kanada dulu-dulu ...hehehe

anyway selamat berpuasa dan kalau ada nak buat ucapan kat suratkhabar tu jangan la lupa jalan rebung ye ...

rizal

rauhunt said...

rizal,

w/pun sejuk penat jugak. pagi2 lagi dah rasa penat sbb kayuh basikal naik bukit.

stakat ni takde plan pun nak antar ucapan raya kat surat khabar ..haha saya ni pemalu