19 October 2008

Kenangan Mengusik Jiwa

Setelah menerima banyak ucapan Selamat Hari Lahir daripada keluarga dan kawan-kawan, saya tak dapat mengelak keinginan hati untuk membelek kembali album-album lama. Tergelak seorang diri bila menatap kembali wajah saya. Ini antara yang ingin saya kongsi bersama kawan-kawan. Sebenarnya banyak yang saya ada, tapi tak dapat dipaparkan di sini sebab tak sempat nak 'scan'.


Gambar tahun 1950. Masa ni pertama kali bergambar untuk buat lesen memandu. Nambak riak wajah saya ceria sebab mula berangan nak bawa kereta sendiri.


Gambar semasa baru habis Tingkatan 6. Seperti remaja lain, saya juga suka bergaya seperti orang yang lebih berumur. Matang la konon. Tapi bila dah agak berumur ni, suka pula bergaya seperti orang muda. Ada je yang tak puas hati kan?


Lima tahun kemudian, tahun 1960. Masih lagi seperti sebelumnya. Nak nampak seperti orang berumur. Kononnya nampak macam orang kaya-kaya. Mujur tak ada rokok paip je.



Gambar sekitar tahun 1965 rasanya. Semasa saya di Universiti Malaya. Gambar masa Malam Anekaragam. Saya pun tak faham kenapa saya sanggup memakai rambut palsu macam tu.




Selepas balik dari belajar di Amerika Syarikat. Sekitar tahun 80-an. Saya kemaruk meniru gaya artis seberang. Tengoklah, siap buka butang baju lagi. Kononnya nak tunjuk bulu dada yang tak berapa nak ada.



Ini pula gambar akhir tahun 80-an. Dapat dilihat wajah saya semakin muda. Kalau masa muda-muda dulu, macam-macam gaya dibuat untuk nampak tua, tapi bila dah tua nak jadi muda pula.


Oh, hampir terlupa pula saya. Inilah gambar semasa saya belajar di Amerika Syarikat dulu (peringkat master). Saya bukannya seorang yang pintar sangat. Jadi belajar pun di universiti yang terpencil sahaja. Nun jauh di University of Koala, Pillahdelpiah. Kalau ikut ranking entah nombor berapa, no 1000 lebih kot. Tapi, sebagai pelajar di luar negara, gaya mesti diutamakan. Rambut mesti panjang.

Sekarang ni pun bila berada di UK, saya masih mengekalkan amalan berambut panjang bila berada di luar negara. Ya, ya, saya tahu rambut saya sekadar 2 atau 3 inci sahaja bila ditarik atau disentap. Tapi kalau dalam Bahasa Inggeris, lebih dari 1 dikira sebagai banyak, jadi lebih dari 1 juga dikira sebagai panjang la. Betul tak?

17 comments:

Anonymous said...

rauhunt,

idea mane mu dapat nie??ala2 mcm zmn abraham lincoln pun ada.u r so funny la wei!!!anyway, happy burfday!!

Anonymous said...

Apakah?? Terbaik!! btw, happy belated birthday!

YuS~N3 said...

takdok kijo ko wei..adus..sakit peryt aku tgk gamba2 ni..

Anonymous said...

rauhunt, rauhunt,....bakpo la jadi lagu nih???

Anonymous said...

Mace rupo tino je

Anonymous said...

Jambu...

rauhunt said...

huda,

idea apa pulak? ..ni sekadar nk berkongsi foto2 lama aku ngan kawan2

rauhunt said...

ikhwan,

ana tak paham anta punya komen la

rauhunt said...

Yus,

Jange la suko sapa sakit perut, suko sikit2 doh la ..control ayu sambil suko tu ..baru la tok sakit perut

rauhunt said...

Kak Erin,

lama tok dengar kabar ..hehe

Jadi lagu mana tu? Biasa la ni. Saya masih seperti dulu, tok banyok berubah pun ..cuma badan agak sasa

kbguy said...

kamu klentong reader ya ? kamu buat guna airbrush ? bijak lerr.. bolih buat cari makan ni.

Anonymous said...

Rauhan,

yang rambut mengerbang tu mmg cun lah! hahaha!
mmg lawak lah entry ni. =)

rauhunt said...

Kbguy,

Selamat datang. Mcm pernah dengar je nama ni, cari2 jumpa kat blog Pak Zawi.

Itu semua gambar asli la ..hehe mmg guna program comp pun ..pastu touch up ngn photoshop ..beginer skill lagi, tak boleh guna utk cari makan pun

rauhunt said...

Sayanura,

cun ke? laa ..ingat ke kacak, tampan dan menjadi idaman wanita (tidak terhad di Uganda dan Zimbabwe shj)

Fazira Albaijure said...

hehe, rajin pulok dok layan yearbookyourself ni hehe.. nway, berry nice entry, hehe

Fazira Albaijure said...

huh? besday? slmt belated la ye. semoga sentiasa dilindungi rahmatNya insyaAllah~

ryani said...

adus adikku...akakteringin nak wat rambut cenggitu tp apakan dayaku..huhuhu