06 October 2008

Puasa 2 (bukan puasa 6)

Semalam (bila sampai d St Andrews) barulah saya guna internet setelah 'berpuasa' daripada berbuat demikian dari 26 Sept hingga 4 Okt. Terlalu sibuk dengan program Raya sehinggakan tiada masa untuk berinternet (betul ke istilah ni?)

Penggunaan internet semasa di London Stansted Airport adalah diabaikan untuk membenarkan kenyataan di atas

Banyak 'gila' emel yang belum dibaca sama ada Gmail atau StAndrews mail. Saya ambil keputusan untuk 'delete' sebahagian tanpa melihat dengan teliti tajuk emel-emel tersebut. Harap jangan la ter'delete' yang penting.

Masih tiada 'mood' untuk 'post' entri baru (habis tu ..ni apa??). Semalam cuma baca blog kawan-kawan dan juga bukan kawan (bukan juga musuh). Boleh dikatakan 99.9% menceritakan pasal Hari Raya.

Dek kerana dah banyak cerita pasal Raya, saya kehabisan idea untuk bercerita perkara yang seumpamanya. Jadi saya ambil keputusan untuk cerita dulu pasal berpuasa di Berlin.

Mula-mula sampai di Berlin saya rasakan semacam berada dalam suasana peperangan atau juga suasana perisik dan pembunuh upahan bila dengar orang sini bercakap. Mungkin pengaruh filem (i.e Bourne Supremacy lakonan Matt Damon)

Meski 2 hari (2 kali sahur dan 2 kali buka puasa) je sempat, tapi keseronokan sangat dirasakan. Ya lah, dah saya ke rumah pakcik saya, mestilah seronok. 2 hari itulah dapat menikmati juadah bersahur dan berbuka yang sedap dan lazat yang Cik Su buat. Rasa macam kat Malaysia pula walaupun tak ada Akok atau Nek Bat.

Sempat juga ke masjid masyarakat Turki untuk Terawih. Pergi dengan Ayah Su dan kenalan beliau Dr Rizwan (peguam berbangsa German dan berkahwin dengan orang Melayu). Sebelum Terawih ada kuliyyahg/tazkirah dulu yang disampaikan dalam bahasa Turki. Kami buat-buat faham je la. Apa yang 'menarik' (?) di sini mereka sembahyang Terawih 20 rakaat dan dibuat 4 rakaat untuk setiap takbiratul ihram (bukan 2 seperti yang diamalkan di Malaysia). Rasa sekejap sahaja (tak sekejap macam mana bila Imam hanya baca 1 atau 2 ayat sahaja lepas Fatihah).

Hari pertama puasa di Berlin saya jalan-jalan sekitar taman tempat ramai orang 'jogging'. Secara tak sengaja ternampak juga beberapa individu dan keluarga yang berjemur dalam taman tersebut tanpa seurat benang pun. Meriah kawasan sekitar taman dan jalan menghala ke bangunan parlimen sebab sedang berlangsung "Real Berlin Marathon' yang sekali dimenangi oleh Haile Gebrselassie dari Ethiopia (atau Habsyah) dengan rekod dunia.



Gambar kiri: Menara ni tak condong, tapi teknik penggambaran yang menampakkan sedemikian
Gambar kanan: Kepenatan setelah menyertai marathon dalam bulan puasa


Peserta-peserta marathon berpusu-pusu ke stesen Haupbanhof

Tak ingat dah apa nama sungai ni

Hari ke-2 puasa (atau hari terakhir) saya ke bandar. Kawasan deretan pusat membeli-belah. Saya tidak membeli mahupun membelah memandangkan harga barang yang agak mahal. Ada yang murah tapi jenama pula kurang dikenali (berlagak).


Dapat dilihat pengayuh 'beca' ni tak puas hati dengan tindakan saya yang cuma nak bergambar.


Terpaksa beli juga cenderamata kat kedai ni. Tak kan nak bergambar saja.




Silap pula datang sini masa puasa :D

Rumah Ayah Su (satu bangunan dengan Malaysian Embassy) betul-betul dalam kawasan bandar. Sebelah kiri kawasan taman-taman, parlimen dan stesen 'train'. Sebelah kanan kawasan pusat membeli belah. Lebih kurang 10-15 minit jalan kaki.


Pandangan ruang legar Malaysian Embassy dari rumah Ayah Su

6 comments:

Anonymous said...

Nok souvenir !!!!!

Kamil L said...

huhu..best mu mat..banyak tempat mu jale...

rauhunt said...

Rebeh,

Souvenir tu habis doh aku bg ko org lain, kalu mu oyak cepat aku sipe jugok ko mung (alasan)

rauhunt said...

kamil,

Tak best sangat pun jalan2 (ayat tak nak berlagak dan menyakitkan hati kau)

Anonymous said...

"Apa yang 'menarik' (?) di sini mereka sembahyang Terawih 20 rakaat dan dibuat 4 rakaat untuk setiap takbiratul ihram (bukan 2 seperti yang diamalkan di Malaysia). Rasa sekejap sahaja (tak sekejap macam mana bila Imam hanya baca 1 atau 2 ayat sahaja lepas Fatihah)."

hmm, memang pengalaman yg menarik, terpanggil plak nk berkongsi info, kalo perasan kat seluruh dunia pun pelaksanaan terawih berbeza mengikut tempat, Rasulullah S.A.W sdr mengerjakan terawih 8 rakaat shj, dan pada zaman Umar r.a. pula, terawih dikerjakn sbnyk 20 rakaat..

tp takde masalah, terawih amalan sunat, pernah 1 ketika, pada malam ke3 Rasul memulakan solat terawih, Rasulullah x kuar ke masjid utk berterawih, keesokkannye baginda bersabda;"Aku tahu apa-apa yang kamu lakukan malam tadi dan aku pun tidak ada halangan untuk keluar, tapi aku bimbang kalau-kalau solat itu difardukan ke atas kamu nanti". (Riwayat Jemaah).

hehe, maafla mengarang esei plak di cni, sekadar mengisi masa, jazakallah

rauhunt said...

Kuzak (aku rasa ni mesti Kuzak ni),

Btul tu ..aku perasan ramai yg anggap terawih ni mcm 'hampir2 ke wajib'. Masa Ramadhan la ramai yg mula berduyon2 (sebut stail Juliana Banos) ke masjid utk Terawih, padahal masa bulan2 lain tak pergi pun. Ramai yg tak nak tinggal Terawih ni w/pun ada banyak komitmen lain. Memang la amalan yg bagus, tapi kan lebih bagus kalau dilaksanakan secara istiqomah sepanjang tahun. hehe ada gaya ajk Al-Ikhwan tak?

Tapi ada juga yg mencari Terawih paling laju ..contohnya sekumpulan pelajar UPMT yg berterawih di Masjid Pukul 9 di Tok Jembal.