23 October 2008

Trailer - Budak Kelantan.


Ingat!!

30 Oktober 2008

di pawagam-pawagam seluruh Malaysia (tapi ..takdok di Kelate :-(, dan juga kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Sila sebarkan kepada rakan-rakan kita yang tak hadir.


19 October 2008

Kenangan Mengusik Jiwa

Setelah menerima banyak ucapan Selamat Hari Lahir daripada keluarga dan kawan-kawan, saya tak dapat mengelak keinginan hati untuk membelek kembali album-album lama. Tergelak seorang diri bila menatap kembali wajah saya. Ini antara yang ingin saya kongsi bersama kawan-kawan. Sebenarnya banyak yang saya ada, tapi tak dapat dipaparkan di sini sebab tak sempat nak 'scan'.


Gambar tahun 1950. Masa ni pertama kali bergambar untuk buat lesen memandu. Nambak riak wajah saya ceria sebab mula berangan nak bawa kereta sendiri.


Gambar semasa baru habis Tingkatan 6. Seperti remaja lain, saya juga suka bergaya seperti orang yang lebih berumur. Matang la konon. Tapi bila dah agak berumur ni, suka pula bergaya seperti orang muda. Ada je yang tak puas hati kan?


Lima tahun kemudian, tahun 1960. Masih lagi seperti sebelumnya. Nak nampak seperti orang berumur. Kononnya nampak macam orang kaya-kaya. Mujur tak ada rokok paip je.



Gambar sekitar tahun 1965 rasanya. Semasa saya di Universiti Malaya. Gambar masa Malam Anekaragam. Saya pun tak faham kenapa saya sanggup memakai rambut palsu macam tu.




Selepas balik dari belajar di Amerika Syarikat. Sekitar tahun 80-an. Saya kemaruk meniru gaya artis seberang. Tengoklah, siap buka butang baju lagi. Kononnya nak tunjuk bulu dada yang tak berapa nak ada.



Ini pula gambar akhir tahun 80-an. Dapat dilihat wajah saya semakin muda. Kalau masa muda-muda dulu, macam-macam gaya dibuat untuk nampak tua, tapi bila dah tua nak jadi muda pula.


Oh, hampir terlupa pula saya. Inilah gambar semasa saya belajar di Amerika Syarikat dulu (peringkat master). Saya bukannya seorang yang pintar sangat. Jadi belajar pun di universiti yang terpencil sahaja. Nun jauh di University of Koala, Pillahdelpiah. Kalau ikut ranking entah nombor berapa, no 1000 lebih kot. Tapi, sebagai pelajar di luar negara, gaya mesti diutamakan. Rambut mesti panjang.

Sekarang ni pun bila berada di UK, saya masih mengekalkan amalan berambut panjang bila berada di luar negara. Ya, ya, saya tahu rambut saya sekadar 2 atau 3 inci sahaja bila ditarik atau disentap. Tapi kalau dalam Bahasa Inggeris, lebih dari 1 dikira sebagai banyak, jadi lebih dari 1 juga dikira sebagai panjang la. Betul tak?

15 October 2008

Mimpi Basah 2

Entri ni takde kaitan dengan entri saya yang terdahulu iaitu Mimpi Basah??

Bangun pagi. Masuk bilik air. Masuk dalam tub mandi.
Saya membongkok (baca: menonggeng) cuba buka paip air.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"
"Nnate"

Dua dialog di atas terungkap secara tidak sengaja. Kalau warden kat atas dengar mesti dia ingat saya bercakap bahasa Sepanyol.

Saya tersalah pulas. Bukan paip utk tub mandi yang dibuka, tapi shower. Dah la air sejuk macam air batu yang bila diparut (dikisar?), dan dicampur dengan air gula, susu cair, sirap, cendol, dan buah kabung, maka jadilah ABC. Saya hairan, kenapa ramai yang suka ABC. Saya lebih suka CPT (Cendol Pulut Tapai) yang amat popular di Kota Bharu. Ya, CPT lagi sedap sedap ada santan, pulut dan manisan. Lemak-lemak manis rasanya

Dah 8 kali dah terjadi sejak tinggal kat sini.

Nasib baik aurat saya ditutup dengan baju dan tuala yang dibeli dari PRIMARK (je). Kalau tak mesti akan rasa seperti 'besi kersani yang mengalir dan menjadi raksa mengisi belikat punggung ku'

Terus tak jadi nak mandi. Gosok gigi. Buang taik mata. Basuh muka. Tukar baju dan saya terus ke makmal.

Lepas 1 jam setengah dalam makmal. Saya balik rumah balik. Mandi, sarapan dan menulis entri ni... hehe berlagak rumah dekat ngan makmal.

09 October 2008

Budak Kelantan



Akhirnya, filem Budak Kelantan akan ditayangkan di pawagam juga. Dah lama sebenarnya saya menantikan filem ni. Mula-mula dengar pasal filem Koya Best (judul asal) ni terus saya teruja untuk menontonnya (sama ada di pawagam atau VCD original!). Tapi tunggu punya tunggu senyap macam tu saja. Sehinggalah sekejap tadi saya terbaca di Weblog Salam Pantai Timur. Tapi sekarang macam mana nak tengok di pawagam. Kena download nampaknya kot.


Nota kaki bangku (bukan kaki skodeng)

Saya lebih suka judul Koya Best berbanding judul baru sekarang. Bunyi lebih mengancam dan sinis.




Bagi sesiapa yang belum biasa dengan dielek Kelantan (ada ke?), boleh rujuk video di bawah:
(juga diambil dari Weblog Salam Pantai Timur)




08 October 2008

Masjid Rantau Panjang


Mungkin lebih ramai orang memperkatakan tentang Masjid Kristal di Kuala Terengganu. Namun, masjid baru di Rantau Panjang, Kelantan ini pasti menarik pandangan ramai juga kerana keunikannya.


Berita selanjutnya dalam NST Online (*Anda semua terjemah la sendiri kepada bahasa yang difahami, banyak kamus 'online' yang ada).

Pada mulanya saya juga terkejut tatkala melihat rekabentuk masjid ini, lebih-lebih lagi bahagian atap/bumbung. Nampak seperti sebuah tokong. Tapi, itukan sekadar senibina sahaja? Lagipun ...Islam Agama Sarwajagat (pinjam ayat tajuk dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4)

Nota kaki bangku (Bukan kaki skodeng)

Saya tak pandai bercerita lebih lanjut tentang masjid ni. Namun, saya pasti Pak Zawi sangat mahir dalam bab membuat dokumentari bertulis.

07 October 2008

Gelak besar ..


Memang impian setiap warga Malaysia untuk meraikan Eidulfitri di luar negara. Kesedihan mungkin tidak terasa pada tahun pertama malahan ia menjadi kebanggaan untuk dimasukkan ke dalam blog, website dan sebgainya. Ada sesetengah insan takde blog pun tetapi memandangkan kebanggaan x terhingga beraya di perantauan.. maka wujudlah blog sementara.- (Dengki)


Gelak sorang-sorang saya bila baca komen Kuzak (seperti di atas) di blog Jep. Ha ha ha ..memang Kuzak dikenali dengan kutukan maut dan selamba. Fuh .nasib baik saya tidak tergolong dalam individu yang beliau (memandangkan kau dah jadi PTD, aku gunakan kata ganti nama 'beliau' untuk kau Kuzak) maksudkan.

Ada betulnya kata-kata Kuzak tu. Saya pun ada beberapa kawan yang hanya ada blog/fotopages semasa belajar di oversea. Bila balik saja ke Malaysia, maka berkuburlah blog/fotopages mereka. Entah la apa kurangnya Malaysia kan?

06 October 2008

Puasa 2 (bukan puasa 6)

Semalam (bila sampai d St Andrews) barulah saya guna internet setelah 'berpuasa' daripada berbuat demikian dari 26 Sept hingga 4 Okt. Terlalu sibuk dengan program Raya sehinggakan tiada masa untuk berinternet (betul ke istilah ni?)

Penggunaan internet semasa di London Stansted Airport adalah diabaikan untuk membenarkan kenyataan di atas

Banyak 'gila' emel yang belum dibaca sama ada Gmail atau StAndrews mail. Saya ambil keputusan untuk 'delete' sebahagian tanpa melihat dengan teliti tajuk emel-emel tersebut. Harap jangan la ter'delete' yang penting.

Masih tiada 'mood' untuk 'post' entri baru (habis tu ..ni apa??). Semalam cuma baca blog kawan-kawan dan juga bukan kawan (bukan juga musuh). Boleh dikatakan 99.9% menceritakan pasal Hari Raya.

Dek kerana dah banyak cerita pasal Raya, saya kehabisan idea untuk bercerita perkara yang seumpamanya. Jadi saya ambil keputusan untuk cerita dulu pasal berpuasa di Berlin.

Mula-mula sampai di Berlin saya rasakan semacam berada dalam suasana peperangan atau juga suasana perisik dan pembunuh upahan bila dengar orang sini bercakap. Mungkin pengaruh filem (i.e Bourne Supremacy lakonan Matt Damon)

Meski 2 hari (2 kali sahur dan 2 kali buka puasa) je sempat, tapi keseronokan sangat dirasakan. Ya lah, dah saya ke rumah pakcik saya, mestilah seronok. 2 hari itulah dapat menikmati juadah bersahur dan berbuka yang sedap dan lazat yang Cik Su buat. Rasa macam kat Malaysia pula walaupun tak ada Akok atau Nek Bat.

Sempat juga ke masjid masyarakat Turki untuk Terawih. Pergi dengan Ayah Su dan kenalan beliau Dr Rizwan (peguam berbangsa German dan berkahwin dengan orang Melayu). Sebelum Terawih ada kuliyyahg/tazkirah dulu yang disampaikan dalam bahasa Turki. Kami buat-buat faham je la. Apa yang 'menarik' (?) di sini mereka sembahyang Terawih 20 rakaat dan dibuat 4 rakaat untuk setiap takbiratul ihram (bukan 2 seperti yang diamalkan di Malaysia). Rasa sekejap sahaja (tak sekejap macam mana bila Imam hanya baca 1 atau 2 ayat sahaja lepas Fatihah).

Hari pertama puasa di Berlin saya jalan-jalan sekitar taman tempat ramai orang 'jogging'. Secara tak sengaja ternampak juga beberapa individu dan keluarga yang berjemur dalam taman tersebut tanpa seurat benang pun. Meriah kawasan sekitar taman dan jalan menghala ke bangunan parlimen sebab sedang berlangsung "Real Berlin Marathon' yang sekali dimenangi oleh Haile Gebrselassie dari Ethiopia (atau Habsyah) dengan rekod dunia.



Gambar kiri: Menara ni tak condong, tapi teknik penggambaran yang menampakkan sedemikian
Gambar kanan: Kepenatan setelah menyertai marathon dalam bulan puasa


Peserta-peserta marathon berpusu-pusu ke stesen Haupbanhof

Tak ingat dah apa nama sungai ni

Hari ke-2 puasa (atau hari terakhir) saya ke bandar. Kawasan deretan pusat membeli-belah. Saya tidak membeli mahupun membelah memandangkan harga barang yang agak mahal. Ada yang murah tapi jenama pula kurang dikenali (berlagak).


Dapat dilihat pengayuh 'beca' ni tak puas hati dengan tindakan saya yang cuma nak bergambar.


Terpaksa beli juga cenderamata kat kedai ni. Tak kan nak bergambar saja.




Silap pula datang sini masa puasa :D

Rumah Ayah Su (satu bangunan dengan Malaysian Embassy) betul-betul dalam kawasan bandar. Sebelah kiri kawasan taman-taman, parlimen dan stesen 'train'. Sebelah kanan kawasan pusat membeli belah. Lebih kurang 10-15 minit jalan kaki.


Pandangan ruang legar Malaysian Embassy dari rumah Ayah Su