20 January 2009

Diskriminasi di Dundee Dental Hospital ?

Semenjak menjalani rawatan Root Canal Treatment, dah 6 atau 7 kali saya ke Dundee Dental Hospital. Nasib baik la rawatan percuma. Kalau berbayar entah berapa pound dah kena bayar. Tak ada hospital atau klinik gigi kerajaan di St Andrews. Yang ada cuma klinik swasta dengan bayaran bermula dari £70 (belum masuk caj tersembunyi lagi tu). Selain faktor dimiliki oleh kerajaan, apa yang membolehkan hospital ini memberi rawatan percuma adalah kerana rawatan diberi oleh pelajar-pelajar pergigian University of Dundee. Kiranya tempat latihan praktikal mereka.

Apa yang menyebabkan saya mengatakan adanya diskriminasi di sini?

  1. Semenjak menjadi spesimen hidup kepada pelatih-pelatih di sana, saya perhatikan bahawa hampir semua pelajar adalah perempuan. Jarang sangat ada lelaki. Seperti kata pepatah Rusia, "Jika ada bau kentut muncul secara tiba-tiba, telahan anda bahawa ada perempuan (bukan lelaki) yang terkentut, adalah 99.9% betul.
  2. Hampir semua pelatih-pelatih di sana mempunyai bentuk badan yang sama. Kecil molek. Saya rasakan kebanyakan daripada mereka orang Scotland, bukan England yang mempunyai tubuh yang lebih besar. Selain itu, potongan rambut pun hampir sama.
  3. Mereka semua cantik-cantik.

Sebab itu saya mengesyaki terdapat diskriminasi di hospital ni dalam memilih pelajar untuk program pergigian. Tapi saya pasti diskriminasi macam ni ramai yang tak kisah. Lagi suka ada la. Mungkin sebab utama kerana memberi kesan positif kepada psikologi pesakit spesimen macam saya.

Nasib baik bau kentut tak muncul lagi.


14 comments:

KELUARGA ASHRAF said...

sempat juga buat case studi ye...
tangkaple sorang dik oi.

rauhunt said...

haha ..duk raso doh mesti akan menerima komen sebegini ..tp Dr mesti set2 dio tak brp berkenan sbb tgk gigi berlubang.

Sbenarnya berkenan jgk ngan dokter pelatih hok rawat saya. Lemah lembut dan berbudi bahasa Inggeris pelat Scotland. Memandangkan kami bukan muhrim, dia pegang pipi saya secara berlapik ..

..
..
..
dengan memakai glove :)

Anonymous said...

wahh...seronoknye rauhun..ekekkeke

Fazira Albaijure said...

rawatan root canal? kecik2 malas gosok gigi ye, hehe.. anyway, semoga cepat sembuh..

re: di sana, di pahang tu, tiada yg bekerja, cuma HQ-to-be. at the moment, semua urusan pentadbiran masih berpusat di seri manjung. ada sorang ceo, sorang training director dan sorang admin exec je.. tp yang terlibat secara by-project, agak ramai, sesapa yg berminat dan 'diminati' bole je join the team hehe..

rauhunt said...

Sara,
Dulu sekitar tahun 1987-89, ada la beberapa orang staf dari Klinik Pergigian Rantau Panjang dtg ke sekolah saya. Mereka mengajar kami tentang penjagaan gigi dan cara menggosok gigi dengan betul sambil menggunakan replika gigi yg putih bersih dan berus gigi yg besar gajah.

:( Nampaknya saya tidak mengikut nasihat mereka. Kalau mereka tahu mesti mereka kecewa

Anonymous said...

teringat nurse dtg sekolah gak..suruh gosok gigi, tp letak colgate skit jer..tk sempat jd buih pun..gosok gigi tepi longkang.. nurse kat depan pegang replika gigi yg besar...

hahahaha, berlapik tp dgn glove la kan!!!

anyway rauhunt,..HCNY!!!

rauhunt said...

hey Huda HCNY tu Happy Chinese Nu Yr ke? Walaupun mat saleh sini selalu ingatkan aku ni dari China oleh kerana kulit aku semakin putih dan suci, Aku Melayu la!

kau baru gisik gigi tepi longkang, blum tgk org minum air tepi longkang, guna pinggan (bukan cawan)

IzanJay said...

Alamak.....nak tampal gigi lupeeeee...heh3..dah lama tak update blog ambe sendiri......maleh la plak

sabiqahT.Anuar said...

hahaha lawak aaa pepatah rusia tu..tul ke tu?hehehe nok guno gak klu tul, tambah idioms..

ps. well loni ore pue meme ramai kat mano2 pon, ehhehe ;)

rauhunt said...

Izan, jgn jadikan blog anda blog sementara

rauhunt said...

Sa, itulah yg menurut kata lab mate saya dari Ukraine. Batul rasanya.

..sapo kato mano2 ramai ore tino? ado jugok la tepak hok ramai ore jate, errr ..tapi mano eh?

IzanJay said...

Rauhun, (Entah kenapa suka eja nama hang gini!!)

TIdak akan biarkan blog ku untuk sementara..akan ku update bila ketika ku ade cite..

rauhunt said...

Izan, ni mesti sibuk ngan urusan KPT, ATAS, Medical Check-up, Visa, tiket KL-AMsterdam-Cardif, farewell party, kenduri doa selamat d kmpung, dll ..kan?

IzanJay said...

Hang memang terar!!!!!!!!!!!!!