05 January 2009

Orang Kelantan Tak Pandai Bahasa Inggeris?

Saya baru habis menonton filem Budak Kelantan tadi (untuk kali ke-2 ..hehe ..semangat tu).

Orang Kelantan tak pandai bahasa Inggeris ke? Berdasarkan sari kata dalam filem ini, banyak sangat yang tak tepat, dan ada yang lain terus maksudnya. Saya agak pasti pihak Astro menyuruh bukan orang Kelantan untuk menterjemah setiap dialog dalam filem Budak Kelantan. Mungkin mereka menganggap orang Kelantan lemah bahasa Inggeris (i.e BI SPM dapat C6).

Salah satu kesilapan dalam terjemahan yang membuatkan saya tergelak adalah:

Jaha: Sapa ghoyak.
diterjemah menjadi Who said that?

Sapa (sila guna sebutan baku), dalam loghat Kelantan adalah untuk Sampai. Kalau siapa kami sebut Sapo.

Walau apa pun, cerita Budak Kelantan memang menarik, terutamanya watak Jaha yang dilakonkan Sdr Asrulfaizal Kamaruzaman. Kadang-kadang saya terasa seperti menonton sebuah video spontan yang ditayangkan dalam You Tube. Jahatnya Jaha memang 'real' ..jahat. Walaupun buat baik, tapi masih lagi diakhiri dengan perbuatan jahat (menolong gadis dari kena rogol, tapi lepas tu Jaha juga yang rogol ..siap jual lagi gadis tu).

Lakonan Danny XFactor (sebagai Buchet) pula kurang berkesan bila bercakap. Tapi masa lakonan tanpa dialog bagus pula. Reaksi Buchet semasa melihat Jaha dan kawan-kawan keno geh (minum ubat batuk), dan disuruh keno geh oleh Jaha betul-betul 'real' menunjukkan watak budok ssejik yang tersepit demi menjaga hati kawan.

Perkataan-perkataan seperti Levi's bundle dan main 400 antaranya sangat sinonim dengan anak-anak muda Kelantan. Tanyalah pemuda-pemuda Kelantan, jenama jeans yang mereka sukai ..jawapannya hampir pasti Levi's. Dan menjadi satu kebanggaan kalau boleh (mampu) pakai Levi's original atau bundle. Banyak lagi sebenarnya dialog-dialog dalam filem ini yang memang kena dengan orang Kelantan.

Lagi satu yang saya suka pasal filem ini adalah penggunaan lagu dikir barat nyanyian Halim Yazid. Rasanya sudah ramai orang luar dari Kelantan yang mengenali lagu Anak Tupai, tapi tidak ramai yang tahu lagu Seribu Erti; yang bagi saya lebih 'menginsafkan' bila didengar. Tidak dinafikan, nyanyian dikir barat adalah pilihan tepat untuk menggambarkan suasana Kelantan walaupun keseluruhan filem ini di Kuala Lumpur. (Tapi sebenarnya banyak juga kawasan di Kuala Lumpur dah jadi macam kawasan Kelantan).

Klip video Anak Tupai


Klip video Seribu Erti


Sebenarnya filem ini bukan sekadar menggambarkan realiti hidup orang Kelantan sahaja. Orang yang macam Jaha ada dari Perlis sampailah ke Sabah, begitu juga orang yang macam Buchet ada di mana-mana negeri. Jadi, walaupun anda bukan anak Kelantan, tidak salah untuk menonton filem ini.

Ok lah ..esok nak tengok sekali lagi ..hahaha.

21 comments:

Kamil L said...

fuh..ko kalo pasal kelantan, NO 1.. hehe...

Kamil L said...

apa maksud lgu anak tupai tue? aku dengar beberapa kali, tp aku masih tak faham apa maksud tersirat...

Anonymous said...

How dare these lot said that Kelantanese is weak in English !!

Tengok sajo penulis blog ni...sapa ko St. Andrews ngaji padahal dok di Rantau Panjang jah tu...Nak bukti-bukti lagi???

JALAN REBUNG said...

salam rauhunt ,

dah lama tak jenguk ke blog tuan, bestnye dapat travel ke serata europe dan thanks sebab kongsi gambo dan pengalaman.

Baru perasan rauhunt study kat St Andrew ...dekat dengan old golf course tak ???

sabiqahT.Anuar said...

erk rauhunt..tgk mano movie budok klate tuhs? nk tgk etek laa gini gap, acu wi link dio, lei mg'klate'kan bkd kat edmonton ni pulok...hehhe..ore klate lemah inggeris?? welllll...kita merendah diri...

Anonymous said...

"(Tapi sebenarnya banyak juga kawasan di Kuala Lumpur dah jadi macam kawasan Kelantan)"


Kat kawasan mana tu?
dah lama duduk k. l ke?

rauhunt said...

Kamil - kau lagi la ...kalau pasal sarawak no1 ..keje pun nk kat srawak ..padahal byk lg uni kat semenanjung

lagu anak tupai tu kau dengar la dulu byk kali ..dgr beberapa kali mmg sukar utk difahami

Dr K tapi kawe tok pandai2 pun english mace demo ..demo lain la ..w/pun duk Padang Penyadap, Pasir Hor, pesisir Kota Bharu tp kecek english brabuk siap ngan slang Yorkshire lg

rauhunt said...

Jalan Rebung,

tak travel around europe lg ..stakat ni baru ke berlin je.

st andrews ni kecik je kawasan nya ..ke old course tu pun walking distance ..tp tak selalu pergi sbb bukan minat golf pun

rauhunt said...

Sabiqah, sayo buke merendoh diri pun tp meme sbb betul2 tok pandai ..kecek inggeris pun bau budu tok hile lg ..haha ..

Anonymous said...

Taq Baiq Qau Qata Macam Tuq...
Manaq Adaq Qamil Bersipat Kesarawaqan..

BBetool!!!!

Kamil L said...

kuzak-siotttt jer...haha.... giler, 3,4 kali aku baca , baru aku paham....
ala...kuzak, koe pun samae, dulue akue ge umehe koe, ko cakape bote kirie dengane akue.. :p

rauhunt said...

Kuzaq dan Kamil,

Haha ..dah lama tak dengar kutukan mcm ni ..oh ..kenangan d ANN tok jembal

Anonymous said...

kuzak - seriously, ingatkn ko ckp portugis. hahaha. gilos lawak mil.

mat rauhan - terus aku tgk kat youtube. mmg sgtla amatur, tp itu la yg bestnye. x meloyakan mcm citer melo2 yusof selam & mental gaban mcm nanu tunjang razak mohaiden.

rauhunt said...

Jep teknik penggambaran yg bergegar2 tu mmg sengaja dibuat bg membolehkan penonton 'masuk' dlm suasana cerita tu..banyak filem yg mcm ni ..bukan sbb amatur (tiba2 aku ambil kisah pasal teknik perfileman) ..err kau tgk kat youtube? laa mesti tak best sbb bersambung2

Anonymous said...

Kamil: Akuk Taq stadi lagi nie.!! Macam mana ni (gaya yg amat gabra...menyebabkan orang lain relaks as Kamil tak stadi)

Tetiba kamil score...dapat A !! Harrr macam mana tu..

Kamil kau ade lagi tak seluar baju emlayu corak ular sawa batik dan baldi kecik hijau yg selalu kau bawak g jamban?? Memori....

Kamil L said...

Akulah- betul ke? aku dah lupa dah.. :p

raihan hassan said...

tgk kut mano rauhan..sero nok tgk jugok la,,hidup klate!

rauhunt said...

Kak Ann, ni link nya

http://www.adrive.com/public/9e984818b3845e3b8e3899dbad775ed3d15dcfcf14862903b877a8157043e56c.html

file .RAR ..kalu takdok install la RAR free jah

selamat menonton

raihan hassan said...

dah tgk dah semale..ikut you tube tapi tok brp teghe sangat..best crito dio..terus tergamba bdk2 klate hok ada..
nia suko dgr dikir barat tu heheh dio hok duk gedik2 dgr lagu tu hihihi

rauhunt said...

tu lah ..kato doh meme best crito ni ..pahtu lagu dikir barat tu meme 'berhantu' ..mmasuk molek ngan crito ni

Anonymous said...

Askum Mat

Kelik la cepat...Aku dilantik secara pakso jadi Penasihat PSSCM (UMT)....haaaaa...tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...Malam ni kena gi mesyuarat agung la kan...Kena bui ucapan segala...