16 January 2009

Genap 9 Bulan!


Hari ini genap lah 9 bulan saya berada di St Andrews. Hari ini juga saya dengan jayanya telah menyiapkan laporan 'progress' 9 bulan. Gembira sekejap. Lepas ni kena buat pembetulan (itu sudah pasti), dan selepas tu kena bersedia pula untuk 'First Year Review Meeting'.

Penat juga proses menyiapkan laporan ni (belum lagi tesis!). Tambahan pula ianya agak mengejutkan. Mana tak nya, selepas akhir tahun lepas masa saya dipenuhi dengan aktiviti sukaria di Berlin, secara tiba-tiba awal tahun ni diisi dengan kerja-kerja penulisan. Tempoh 2 minggu yang sangat intensif.

Ya, saya mengaku yang saya dengan rasminya memaklumkan kepada semua yang saya 'busy' tempoh hari. Asyik tengok kawan-kawan je yang meng-Jom-Heboh-kan ke'busy'an masing-masing dengan menggunakan status Yahoo Messengger sebagai platform. Mana boleh jadi.

Tapi, lepas ni akan tetap sibuk macam biasa juga (harapnya tidak la seperti seminggu (+3 hari) lepas). Sebabnya baru semalam sampel-sampel sedimen saya dari CEFAS telahpun sampai. Kerja-kerja seterusnya harus dirancang dengan teliti agar sampel-sampel tersebut dapat diproses secepat mungkin dan terus ke peringkat seterusnya, pengecaman macrofauna (peringkat yang menyakitkan mata dan jiwa ..huhu). Selain itu, saya masih perlu menghadiri banyak lagi kursus GRADSkills terutamanya yang melibatkan penulisan saintifik dan statistik. Tak habis-habis dengan statistik! Rasa menyesal pun ada juga sebab masa 'degree' dan master dulu tak belajar betul-betul biostatistik. Sekarang, kajian saya tidak dapat lari daripada menggunakan statistik. Padan muka.

Mujur lah saya tak diwajibkan ambil sebarang kursus/modul/kelas. Atau dengan kata lainnya, PhD dengan 'research' + 'taught course'; seperti kebanyakan rakan-rakan di US. Kalau ada kelas lagi lah bertambah sibuk (ya ke Jep, Hafiz, Murni ..et al.?). Tapi kadang-kadang terfikir juga saya, walaupun tak ada sebarang kelas, tidak bermakna buat PhD di UK boleh 'rilek-rilek' saja. Ya, memang tak ada kelas, tak ada 'exam' atau 'test'. Tapi kalau setiap minggu mesti hantar laporan ringkas atau komen berkenaan sebarang 'paper', atau juga kalau setiap kali jumpa 'supervisor' mesti diajukan macam-macam soalan ; maknanya persediaan (e.g. baca buku atau lain-lain latihan) mesti dilakukan selalu dan istiqamah (istilah Sekolah Agama la pulok!). Cuma mungkin kalau buat di UK ni lebih 'ringan bebannya' sebab tempoh minimum 3* tahun, sedangkan di US, 4 atau 5 tahun! Entahlah.

Apa yang pasti pengajian peringkat PhD sangat memenatkan walau buat kat mana-mana (malas nak ulas panjang di sini). Nak buat macam mana, dah pilih jalan ni ..kan?

Namun, syukur juga bila buat PhD ni. Banyak ilmu baru yang diperolehi. Saya tidak bermaksud semasa buat Master dulu saya tak banyak belajar ilmu baru sebab buat di Malaysia. Tidak. Sebabnya dulu semasa buat Master saya main-main dan banyak tak ikut cakap 'supervisor'; tapi kini semua sikap tu kena buang. Kena rajin dan kena paksa untuk jadi rajin!

Nota Kaki Bangku (Bukan Kaki Skodeng)

*Sekarang ni kebanyakan universiti di UK telah mengubah tempoh minimum PhD daripada 3 kepada 4 tahun. Mujurla saya untuk tempoh 3 tahun je.

10 comments:

Anonymous said...

"Mujurla saya untuk tempoh 3 tahun je."

Ye Ke.... He..he..he..

IzanJay said...

Bermotivasi daku seketika.....

rauhunt said...

Kuzak, hampeh kau!! err tapi gini sebenarnya ..tempoh min 3 tahun kalau kena extend pun paling lama jd 4 tahun ..tp kalau tempoh min 4 @ 5 thn kena extend jd 5 atau 6 tahun ..lagi lama hehe

rauhunt said...

Izan trima kasih ..entri ditulis utk memotivasikan diri sendiri sbenarnya.

wah wah (bukan lee wan wah) ..siap ada 3 blogs skarang ya

Anonymous said...

Alamak!! Statistik!!! Cuba nyatakan software yg digunakan, sbg persediaan, hehe

MsN said...

wah best kalo abis 3 tahun..kan..kan..

eh university hang kena publish atleast berapa paper ek..

rauhunt said...

Azam, software tu mcm2 ada ..tp fundamental stat lg penting. Saya kena blajar smula sbb dulu tok sungguh2 blajar ..padan muka huhu. Kalau awk nk buat research dlm bidang ekologi, disarankan baca buku Measuring Biological Diversity oleh Anne Magurran (s/visor Amiruddin FST) ..ulas pasal banyak diversity indices ..mcm mna nk pilih diversity index ..species richness ..taxonomic distinctness ..beta diversity etc etc.

rauhunt said...

Natrah ..harap2 boleh la w/pun d lab aku mostly previous students habih paling cepat pun 3.5 thn.. cuba dulu. Pasal publication aku tak sure ..lagipun aku tak looking forward lg psl ni ..research aku ni slagi tak abih part identification tu slagi tu la takdok result ..bila dh abis part tu baru boleh buat at least 3 different papers

Anonymous said...

uiksss..azam tuh kak azam arni ker..huhuhu..citer pasal statistic ni menggerunkan..haisshhh

Anonymous said...

Iyer adik anony, kak azam la ni, uishhh, banyaknye, dahla manggeris mantap (secara terbalik!), sorang plak tu keturunan melayu jati kat dept nih, pewaris asia satu-satunya, nak belajar camane ntah!

bukan 'kalau nak buat ekologi', tapi memang kene buat ekologi! So, mmg kene mntak tunjuk ajar la ni ye.

apepun, insyaALLAH, kite same2 blajo, slow2 pun xpe, sok goba!

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." (QS 94:6)

Ganbatte Ikimashou, Rauhan-pyon!!!