29 January 2009

Tak Tahan Sejuk


Babak Akhir
Semalam terima bungkusan dari DHL. Kamera baru Canon IXUS 85 IS. Kamera digital kompak yang biasa je. Saya tak suka (baca: tak mampu) nak beli DSLR, sebab tu beli yang ni. Malas la nak guna kamera 'handphone' Nokia. Susah, walaupun kualiti gambar agak baik...(termasuk juga dalam senarai boikot Israel ni :( ..nak buat macam mana dah terbeli, lepas ni tukar lain la). Dengan ada kamera baru ni barulah rasa teruja nak ambil gambar.


West Sand dan Harbour (dekat East Sand)


St Andrews Castle



South Street dan Market Street (ni la 2 jalan utama kat sini! ..besar bukan?)


Babak Awal


Beberapa hari sebelum datang ke UK dulu, saya ke KB Mall. Beli kamera digital (kompak juga). Saya cakap kat jurujual kedai tu nak beli kamera paling murah. Dia pun bagi la 2 pilihan. Olympus dan BenQ. Kedua-dua kamera tersebut boleh rakam video pendek. Tapi Olympus tak rakam suara sekali. Jadi saya pilih BenQ.

Babak Pertengahan

Masa di Berlin bulan lepas, saya ingat kan saya je yang tak tahan dengan suhu sejuk. Kamera BenQ pun tak tahan juga. Selepas tekan butang ON/OFF beberapa kali, lensa nya keluar separuh, dan masuk balik. Kesian. Sejuk sangat agaknya. Biasala, dia pun dari Malaysia juga. Dan, bila bawa balik ke St Andrews, terus rosak. Lensa tak keluar langsung.

Penutup


Harap-harap si Canon IXUS ni tak akan kepanasan pula bila bawa balik ke Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

rauhunt,

consider camera BENQ tu ade nyawa gak la..perasaan malu yg menebal sbb tu lens tk keluar..

Tepi Sungai Batu said...

Rauhan ,
Salam kenal dari Pak Man....salah seorang pengguna kamera BenQ.

YuS~N3 said...

haha..kena cari camera kalis suhu,,

IzanJay said...

Serius Rauhan?? Orang tengah survey nak beli digital camera gak ni..any advice??

rauhunt said...

Huda: lens tu bukan malu, tp control macho (tak mcm tuannya tau!)

manlaksam: Salam kenal jugak. Trima kasih singgah sini. Pak Man ni mcm detektif BenQ je

rauhunt said...

Yus: yg baru ni bukan setakat kalis suhu ..tp kalis rindu juga

Izan: Serius la (see my face ..hmmm seriusnyer). Tp rasanya kalau beli kamera yg agak mahal takpe kot. Satu lg, beli kat sini la kamera tu ..murah skit, pound kan dah murah skang