10 February 2009

Majlis Lelongan Awam

Hari ni dari pagi sampai petang, saya menghadiri kursus Gradskills: "The Writing Process" dan "Editing Your Own Writing" ...(nampak sangat lemah kan?).

Sesi kedua agak menarik. Kami diletakkan berpasangan dengan pelajar yang dalam bidang agak (agak) sama. 'Pasangan' saya adalah awek dari Portsmouth, England. Kami dikehendaki membuat 'proofreading' hasil tulisan 'pasangan' masing-masing. Seronok juga bila dapat cari kesalahan dalam tulisan 'native speaker'. Tambahan pula dia buat kajian berkenaan 'dolphin' dan tentunya melibatkan Sonar dan Prinsip Akustik Bawah Air. Boleh la saya fahami dan cari apa-apa kesalahan. Kalau dia buat pasal 'protoemic' ke, 'gene' ke, atau apa-apa bidang yang terlalu berunsur ke-mikrobiologi-an, sah sah la saya susah nak faham.

Tapi sesi pertama memang bosan. Sebab cikgu tersebut ajar benda yang terlalu asas. Ya, saya tahu, asas dalam menulis adalah membuat draf terlebih dahulu; dan yang terbaik adalah membuat peta minda (memang dah agak mesti akan keluar bab peta ni). Dah lama dah diajar membuat peta minda, sejak di sekolah lagi ..dah macam-macam kursus "Teknik Belajar" saya dipaksa hadir, semuanya menekankan aspek peta minda. Tapi, sampai sekarang saya malas dan tak pandai buat peta minda, sama ada untuk menulis mahupun untuk membaca nota.


Patutla dalam dalam tahun 1999, saya dilelong di majlis lelongan antara dekan-dekan IPTA, dan kemudiannya terdampar di pesisiran pantai Mengabang Telipot (a.k.a UPMT, nama UMT masa tu). Walaupun UPMT tiada dalam pilihan, hatta pilihan ke seribu sekalipun.

20 comments:

Anonymous said...

rauhunt,

sensitive btol sebut lelong2 ni..dulu aku pun lelong ok..lelong2...aku d programkan di FTSM.time tu dekan prof aziz TNC umt skrg ni....IT program ok kat UKM (dlm list tk apply pun/takkan apply,NEVER!!)apply gigi-dpt IT..

so now aku rs kena "tulah" IT la..that y sokmo blur jer IT (tp tk buta IT la)..expert gak la dale excell..

Kamil L said...

la, aku ingatkan ko minta perikanan dulu :D

Anonymous said...

At least kena lelong pun jadi lecturer (kalau abis le PhD)..

Daripada Lelong kemudian GB dan terus mati (setakat ni kena lelong dan GB memang ada, mati terus takde). Lagi x Guna.. Tapi Kos Ikan takde yang GB... Well.. Ikan.. kan...

BBA kalau GB = cacat... (anonymous et. al. 1999)

Anonymous said...

bro rauhunt..majoriti yg masok kustem lelong la..sob sob sob...terase nye..tp xpe..Allah jadikan sesuatu bersebab..I-allah..awok nak kelik pon jd lecurer ape..silap2 ganti papa Sakri jd KJ...

rauhunt said...

Huda,

Nk sensitif apanya, dah mmg itulah kenyataannya.

Kau amik IT ke msa 1st degree? ceh kalau tahu dulu, aku suruh je kau format sndiri pc kau dan install sndiri semua softwares.

rauhunt said...

Kamil,

Hanya kau dan Z (salah seorang entiti dlm kelab KAZA) shj yg apply course ni. ..dan ofcourse la budak2 ex-dip ikan.

haha ..aku ingat lg course kita ada 3 grup sndiri ..ex-dip, ex-matriks, dan ex-stpm ..tak campur pun. dan dlm ex-matriks ada pulak sub-grup ..ex-INPENS

rauhunt said...

Kuzak,

InsyaAllah lulus. Aku pun harap kan doa kawan2 dlm bab ni.

wei ..zalim gila kenyataan oleh anonymous tu (tp takde et al. aku rasa) ROTFL.

satu lagi dialog yg aku ingat:

Dr Awang Soh: Awok ore Rata Panje? Emm ado jugok deh ore Rata Panje masuk U.

Kuzak: ...tp perikanan jerrr

haha ..best gila dulu main kutuk2 course ..tp takde terasa hati pulak.

p/s: anonymous 1999 tu pun salah seorang entiti dlm kelab KAZA.

Kamil L said...

hehe...giler lawak..siap ada sub-group lg dalam ex matrix...hehe... bila ko sebut pasal inpens, aku terinbgat crita jep n ann kutuk zabir mintak perikanan..pastue tetiba plak diaorg pun dapat perikanan..hahaha....

Kuzak...gler...lawak nak mampus..haha... tp aku ingat gak eh.... satu har tue, ada seseorg tanya aku ambik course apa, aku jawab lah perikanan, pastue dia sebut balik dengan intonasi yang lemahhh..
"perikanannnnnnnn" (sambil kepala toleh tempat lain)...giler..begang pun ada gak..huhu..

Anonymous said...

=))

ada lak sub-grup inpens. BBA kalo GB = cacat? lmfao kuzak! (pssst..Kaunseling camne? :D)

aku kdg2 org tanye aku jwp "fisheries" (konon nk up scale sket).. tp selalunye aku akan dpt soklan kedua "huh.. ape?". terpaksa aku jwp "perikanan...". pastu dpt lak soklan ketiga "ada jugak ek?". duhh...

sabiqahT.Anuar said...

uiksss...tak suma lelong, kustem pilihan gak wpon yg ke 7 dari 8 pon..hahaha

ermss, tul tu smua ada reason, myb klu xdilelong amal tu tak terdampar laa kat persisir pantai st.andrews loni, hehe

rauhunt said...

Kamil, aku bleh bayangkan mcm mna kalau kau bengang ..haha ..mesti pastu sakit bibir kan?

rauhunt said...

Jep,

Ya la ..INPENS = assobiyyah ..mentang2 la korang 3 org course-mates

aku tanak komen psl kaunseling ..serah kt kuzak

haha ..btul ..sebut 'fisheries' ngan lidah sedikit terbelit d huruf 'r' tu ..barulah bunyi hebat skit.

kalau tak silap aku ..ex-ikan yg tukar course sbb tak tahan menanggung 'penghinaan' adalah Suhardi

rauhunt said...

Sa,

Kustem lain la ..kami dulu UPMT ..bngunan fst tu takde lg ..mcm duk d resort je ..sape yg nk pilih ..tp sbenarnya best sbb kampus kecik dan bleh kenal semua budak2 courses lain

btul tu ada hikmah disebalik semua yg berlaku

Anonymous said...

mat/rauhan,
hahaha. rhotic "r". tu roy sorang je bleh buat :D
aiseh, xkan la dia tukar course sbb kene kutuk. xpe, kira org kata tu... dlm survival of the fittest, kita la yg plg fit... leh bertahan sampai graduate. :))

Anonymous said...

haha...dulu sakit bibir..erm..tapi skrg masih lg lah...aku tak tau lah apa masalahnya, kat sini tiap2 bulan sakit bibir..huhu.. sejuk n kering kot :p

Jep, aku ingat lagi mula2 kenal ko. memang ko tak suka perikanan..haha.. tp skrg ko dah jd specialist dah dalam fish bilogy :D

rauhunt said...

Jep: haha spatutnya roy kena dtg scotland ..takyah gi minnesota. org2 scotland speaking kuat dia pnya rhotic huruf 'r'.

Kamil: kt sini pn ramai yg sakit bibir sbb kering

Jep & Kamil: Korang berdua pun tak setia ngn UPMT aka Kustem aka UMT ..sanggup tu lari buat master ke UPM. Tak tahan ngan penghinaan jgk.

MsN said...

Aku pulak lain ceta, walaupun dapat kursus pilihan..aku rasa menyesal pulak dulu tak mintak perikanan, sebab last2 jadi lecturer perikanan gak..nie dah kena amik courses plak kat sini tuk tambah ilmu perikanan..

btw, aku rasa bidang perikanan menarik..sangat menarik!

rauhunt said...

Natrah,

bidang perikanan ni luas ..bleh relate ngan marine science ..jd la makin luas ..dan jgk boleh pilih sama ada nk ke arah biological atau physical (i.e fishing gears & sonar), jugak bleh ke aquaculture (i.e yg mcm kamil amik) ..mmg menarik.

kt europe ni diorang respek jg bidang ni ..kalau org tnya aku amik bidang apa msm degree aku boleh jwb "Fishery Science" dgn yakinnya ..tk mcm d Malaysia hehe.

aku pn byk lg kna blajar ..tmbah2 msa SPM dan Matriks tak amik pun subjek Bio!

IzanJay said...

Above all, kalau ada passion dalam apa-apa bidang pun..akan berjaya akhirnya...(nada insaf)

rauhunt said...

dan menurut kata pakar motivasi kena ada duit:

D - Doa
U - Usaha
I - Iltizam
T - Tekun

ni lah lebey kurang kata2 standard ..kalu g mana2 kursus motivasi pun