02 February 2009

Aku Seorang Penyajak

Jumaat lepas (30 Januari), Dave jemput semua ahli Sediment Ecology Research Group (SERG) ke rumahnya untuk Burns Supper. Majlis makan-makan sempena memperingati Robert Burns. Penyajak tersohor Scotland. Burns Night disambut di Scotland setiap 25 Januari. Tapi biasanya sekarang ni mereka buat majlis makan-makan (dan tentulah minum air tu!) pada Jumaat malam. Bersemangat betul mereka, penyajak pun mendapat tempat dalam kalendar negara.

Ini kali pertama saya ke rumah 'supervisor' saya. Dulu, majlis perpisahan seorang 'postdoc' pun buat kat rumah Dave, tapi masa tu saya berada di Lowestoft. Rumah dia kat Crail, lebih kurang 10 minit (dengan kereta) ke St Andrews. Crail ni boleh dikatakan kawasan orang yang agak berada. Patutla rumah-rumah kat sini besar sikit kalau nak bandingkan dengan kawasan lain.

Dave punyalah semangat. Siap pakai kilt (pakaian tradisional lelaki Scotland) lagi. Dia selalu macam tu. Dulu masa 'birthday party' dia pun pakai kilt jugak. Bukan setakat semangat berpakaian, persiapan dan melayan tetamu pun rasanya dia yang banyak buat berbanding bini dia. Tapi itulah sikap orang kat sini, lelaki selalu masak dan buat kerja rumah (hehe taknak komen)

Hidangan utama Burns Night adalah haggis. Sejenis makanan tradisional Scotland yang dibuat daripada campuran hati, limpa, paru biri2 ... digaul dengan rempah ..kemudian disumbat-sumbat dalam perut biri2 tadi (nampak macam sosej saiz besar) ..dan direbus untuk beberapa jam. Sedah semestinya saya tak makan haggis tu, dan mereka pun tak akan benarkan saya makan. Apa yang terharunya bila Dave dan Marrie beli haggis 'vegetarian' khas untuk saya. Boleh la merasa. Menurut kata mereka, rasa yang versi 'vegetarian' ni seakan-akan sama dengan versi original sebab rempah-rempah tadi.. Sebenarnya, terdapat juga haggis halal dijual. Tapi saya tak akan makan kot, sebab saya ni LIMPAPHOBIA.


Selain makan-makan kami ada main sedikit 'games' yang skema. Macam kuiz. Err, tak minat saya nak ceritakan di sini. Selepas tu semua orang dikehendaki membaca sajak Burns setiap perenggan. Seronok juga, sebab sajak tersebut dalam bahasa tradisional Scotland, berbeza daripada bahasa Inggeris dan juga Gaelic. Saya baca saja, tak faham pun. Dan yang agak memeranjatkan bila budak-budak lain (yang muda) pun tak faham.

Majlis ni diserikan lagi dengan alunan violin daripada Richard (seorang prof di jabatan Geologi). Terpaku semua orang. Penutupnya adalah dengan mendengar (secara paksa rela) Dave main klarinet, sambil Irv dan Richard nyanyi lagu-lagu tradisional Scotland. Boleh tahan la Dave main klarinet. Lama dah tak dengar orang main klarinet. Dulu masa dalam 'brass band' di SMACH orang perempuan yang main klarinet.

Balik tumpang Irv, terus tidur kekenyangan dan muak.

16 comments:

YuS~N3 said...

huh..ganah rambut demo..limpaphobia tu sejak dr smach lagi ko?sedap apa limpa masak merah dewe make dulu..hehehe..

IzanJay said...

Rauhan, kami...(Izan, Huda n Kak Erin, n Kerol to be...)..agak sangsi dan musyhkil dengan rambutmu..adakah ianya efek ligthing atau diblondekan????alamak...melayu terevolusi la plak...heh..heh..takpe lah..yang penting mu tetap ensem (ensem kerrrrrrrr...heh..heh)

Anonymous said...

rauhunt,

legally blonde male version.tp mu tk pakai baju pink..(aku tilik,analize guna lens..mmg coloured la rambut mu)

aku pun tk suke mkn limpa tp peparu aku suker...goreng peparu (garing ok) n then ade sambal..tsgt la sedap..

Anonymous said...

rauhunt,

mu letak dye or inai???inai erk????teringat mak2 datin yg dah tua2..nak cover uban, so celup inai...

Anonymous said...

Oh dear !!! What had happened !!!

Anonymous said...

aik, kena sumpah ko rambut tu...nway, lama tak nampak kat dundee

rauhunt said...

Yus, ya ..fobia sejak dari Smach ..tp masa tu terpakso make sbb nk jaga hati kak dewe make (yg garang dan suara nyaring)

rauhunt said...

Izan, Huda, K.Erin:
Ni mesti jd isu sensasi kan?

Izan:
W/pun rambut ada relation ngan kadar kehenseman, tp x signifikan sangat.

Huda:
Aku pun suka paru. Ya, aku tahu ..goreng dgn garing! ..haha dpt bayangkan kat kedai makan ..selepas duduk atas kerusi yg di'kapuh' dua, kau mintak kat pelayan kedai .."saya nak lauk paru goreng ..garing ok! ..ingat tu ..yg penting garing!

Anonymous said...

Askum...

Reply drp blogger ni takde langsung explanation pasal kenapa dia rambut merah !!! Kami perlukan penjelasan...

Hamba Allah prihatin

rauhunt said...

Hamba Allah prhatin,

Waskum...

Terima kasih kerana menjadi insan prihatin. Inilah sifat2 Mahmudah yang diperlukan dalam diri setiap insan.

IzanJay said...

Memang tak jawab...isu sangat sensasi...kui2

Anonymous said...

to all my frenzs...

askum..

ye la kan..ape nak jd dgn dunia hari ni???ni semua duniawi ni!!!akan hancur di kemudian hari...

bile le isu ni akn tjawab???sila jwb!!!

Anonymous said...

rauhan,
ingat mat salleh mano sakni...
kir ngan eimani pun xleh cey...
jd molek gimik... hilir gitu... :-)

rauhunt said...

Izan dan Huda: Dah jawab dah

rauhunt said...

Miza,

Ore di Leeds jah klik pd gmbar tu dan tahu gimik (based on life traffic). Ore lain tok klik pun ..dan terus buat andaian mace2 ..haha

IzanJay said...

Wokei..