24 February 2009

Di sini kami tak perlu beli stokin

Sabtu lepas merupakan kali pertama saya bermain boling di sini. Memang agak teruja sebab dah lama tak main, dan juga boleh lupakan sementara tekanan di 'lab' (tapi bukan tekanan sebab tak boleh peluk bukan muhrim).

Minat juga sukan/riadah ni. Tapi tak lah kemaruk sangat seperti rakan-rakan di Terengganu
(nota: di Terengganu pusat boling baru dibuka pada tahun 2008, itu yang membuatkan ramai rakan saya di sana yang dah-macam-takde-mende-lain-nak-main-selain-boling :D)

Tak perlu hayun kuat, cukup sekadar tolakan manja.


Kalau di Malaysia, perbuatan yang paling tak disukai bila nak main boling adalah membeli stokin secara paksarela. Walaupun 2 ringgit, tapi duit juga ..kan?. Cukup untuk beli Nasi Berlauk Ayam Kampung dah tu.

Tapi, di UK, tiada paksaan untuk membeli stokin. Syukur kerana dapat mengelak daripada amalan membazir.

10 comments:

sabiqahT.Anuar said...

hehe a'a laa baru buka bowling kat staduim kat GB d bandaraya persisir air- ade aa gak g tgk org men, huu penuh warga UMT, huuuu...

GB=gong badak, heheh

Kamil L said...

Aku , Jep and Roy dulu memang giler betul main boling... yg SENTIASA MENANG memang lah suka bermain.. tapi yang 99.9% akan KALAH pun tetap tak putus asa nak main....ko tau lah sapa..hahahaha...

rauhunt said...

Sa,

GB = Gagal Berhenti

rauhunt said...

Kamil,
Aku tak tahu sbb aku bkn jenis jaga tepi kain orang

Anonymous said...

kat mesia aku selalu ngelat x pakai/ x beli-paksa stokin. ape bende nama alat bantuan baling bowl tu? ko kene tunjuk gak reel yg bleh dinaikkan kat kirikanan lane tu :))

rauhunt said...

Jep,
Tak bleh tunjuk reel tu, kantoi la aku guna mende tu utk elak msuk longkang

sabiqahT.Anuar said...

rauhunt, gagal brenti eks? haha sero glamer sket GB utk Gong Badak, huuuhu...no offense, takdop laa bunyi ke'badak'an(kebinatangan?) sgt hehhe

rauhunt said...

Gong Badak, Gong Kedak, Gong Gemia ..dan paling best Gong Pak Jin

raihan hassan said...

tokleh doh rasanya nasik berlauk ayam kampung 2 rial lo ni..naik hargo belako doh..huhuuu

rauhunt said...

buleh lagi ..suruh Mokcik Nab buh lauk aye hok besar jari kliking + sambal hok stakat hujung2 sudu = 2 rial