08 March 2009

Kesempurnaan Dalam Istinjak

Cuti semalam (Sabtu) dipenuhi dengan aktiviti makan-makan dan sembang-sembang. Saya dan Hafiz jemput rakan-rakan Melayu di St Andrews (Izaiddin, Dayang, Izat dan Izaty) datang ke rumah kami.

Seronok rasanya bila berkumpul ramai-ramai dan boleh berborak topik-topik yang tak ada kaitan dengan 'research'. Seronok juga bila boleh buat lawak dan ketawa ramai-ramai sebab kita boleh memahami lawak tersebut. Tidak seperti bila dengan rakan orang putih, ketawa pun sebab tengok orang lain ketawa, bukan sebab lawak yang dia buat. (Sama ada tak lawak atau tak faham; tapi rasanya alasan ke-2 lebih tepat).

Selain itu, tujuan saya panggil mereka datang makan kerana dah jemu sangat memandang muka organisma-organisma tidak bertulang belakang; siang dan malam 2 minggu lepas. Perlu sangat rasanya memandang muka-muka manusia pula.

Sebenarnya, mengikut rancangan asal, saya nak masak Nasi Ayam awal-awal. Bila siap masak, saya, Izaidin dan Izat akan mandi di kolam renang sebelah rumah (di Fife Leisure Centre) terlebih dahulu. Lepas berenang, dan tentu akan lapar, barulah kami makan. Tapi Izaidin tak jadi nak pergi. Sebabnya dia kata orang putih ni jarang mandi, lepas tu istinjak pun tak sempurna (entah-entah tak istinjak langsung!). Apa akan jadi dengan air kolam tersebut?

Semua tak jadi pergi berenang. Sebagai alternatifnya, mungkin boleh berenang di Wii. 2 minggu lagi ...sabar ..sabar.

8 comments:

sabiqahT.Anuar said...

waaa geli laks pk, erms tp tul laa mereka kurang beristinjak, huhuhu, tepat tindakan- tp klu air tu da lebei dia kolah, bolei cnsider air mutlak dop?

Tepi Sungai Batu said...

Teliti betul budak Izaidin tuh. Betul lah tu tindakan anak-anak semua tu.

IzanJay said...

Wah Rauhan masak Nasi Ayam...bila la dapat merasa air tangan mu ni Rauhan!Tiba-tiba rasa lapar bertambah lapar..

rauhunt said...

Sa:
Air mutlak yg terdapat pepejal terampai berwarna perang kekuningan?

Pok Mae:
Kena teliti, takut nanti terkena jangkitan penyakit kulit

Izan:
Mana satu nak ..air tangan ke nasi ayam?

Anonymous said...

boleh doh guna justvoip tu. thanks
wah, msk nasi ayam. mula2 jemputlaa ore dundee skali =)
lg 1, kalu rajin tlg post recipe mihun hok ms farewell aunty rashida tu. sdp =))

IzanJay said...

Buat lawak la pulak...Nasi Ayam hasil air tangan mu la Rauhun!!!!

Anonymous said...

Kontra betul dengan Entri sebelum ni... Makan kemudian istinjak

rauhunt said...

Liyana: blog ini bukan blog resipi masakan

Izan: Nasi Ayam Linda Onn lagi sedap ..dia tu org Johor ekk?

Kuzak: Istinjak adalah proses yg saling berkait ngan makan